CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Pahang] Rosmalili usahawan madu kelulut berjaya

[Copy link]
Post time 7-11-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode

Madu kelulut yang diusahakan Rosmalil mendapat sambutan orang ramai.

Bera: Bermula sekadar minat untuk mendapatkan madunya sahaja, Rosmalili Ramli, 34, tidak menyangka ternakan kelulutnya kini menjadi punca pendapatan kepada keluarga, malah menjadi usahawan yang berjaya.

Malah, menguatkan lagi semangat beliau untuk menternak kelulut apabila anak kedua yang lahir menghidapi masalah kulit kronik.

"Pelbagai produk telah dicuba tetapi tidak berhasil. Akhirnya saya menggunakan 'beepollan' dan madu kelulut, kulit anak semakin sihat dan baik.

"Dalam masa yang sama, anak pertama turut menghadapi masalah asma dan setiap bulan terpaksa berulang ke Klinik Kesihatan," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Serdang, Kuala Bera, dekat sini.


Rosmalili berkata, selepas mengamalkan pengambilan madu kelulut setiap pagi, anaknya yang kini berusia 10 tahun semakin sihat dan tidak perlu lagi berulang alik ke Klinik Kesihatan.

Ibu kepada empat orang anak ini berkata beliau nekad untuk membuat pinjaman dengan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM3,000 pada tahun 2018 untuk membesarkan ternakan kelulutnya, dengan membeli 10 lagi sarang kelulut.

Katanya, beliau telah beberapa kali membuat pinjaman dengan AIM untuk menambah sarang kelulut sehingga kini saya mempunyai lebih 100 sarang.

"Alhamdulillah, madu kelulut yang diusahakan mendapat sambutan orang ramai sehingga tidak menang tangan kerana ramai yang tahu mengenai khasiatnya.

"Suami saya, Azman Shah Musa, 39, yang bekerja sendiri turut membantu, selain dua penduduk yang kerja secara sambilan, menyedut madu terutamanya ketika musim kelulut banyak mengeluarkan madu," katanya.

Beliau berkata, beliau turut menggalakkan penduduk kampung menternak kelulut dengan konsep satu rumah satu sarang kelulut.

Katanya, dengan menternak kelulut di kawasan kediaman masing-masing untuk makan sendiri, mereka boleh menjual madu berkenaan kepadanya.

Kini, Rosmalili mempunyai bengkel proses madu kelulut di balai raya Bukit Serdang yang memproses hasil madu untuk memudahkan ia dipasarkan.

Katanya, cabaran utama menternak kelulut ialah pada musim hujan, di mana hasil madunya amat kurang.

Beliau berkata, peluang yang diberi oleh AIM akan digunakan sebaiknya untuk membesarkan lagi perusahaannya.

Rosmalili memasarkan produknya melalui media sosial, menyertai ekspo, pameran dan membuka peluang bagi sesiapa yang berminat ingin menjadi ejen.

Kepada yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi Rosmalili di talian 017-9685737 atau boleh melayari Facebook Jabooq Honey dan Instagram Jabooq.
https://www.bharian.com.my/berit ... adu-kelulut-berjaya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042233 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list