CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 410|Reply: 0

[Kelantan] 4 jam duduk dalam air separas lutut

[Copy link]
Post time 7-11-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode

Ab Aziz menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa terjejas banjir kilat di RKT Jeram Tekoh, di sini, hari ini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: "Hampir empat jam kami tujuh beranak berada dalam air separas lutut," kata Aishah Ibrahim, 25, selepas rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Jeram Tekoh dilanda banjir kilat malam tadi.

Menurutnya, kira-kira 40 keluarga di situ terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat bermula jam 4 petang mengakibatkan air Sungai Ceweh melimpah.

"Air naik dengan cepat, kami tidak sempat untuk ke pusat pemindahan. Air mula naik kira-kira jam 12.30 tengah malam dan surut pada jam 4 pagi.


"Selepas air semakin surut kami bergotong royong membersihkan rumah, membuang lumpur," katanya ketika ditemui di RKT Jeram Tekoh, di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Norasyikin Mohd Nor, 38, berkata air sungai naik secara mendadak pada jam 11 malam.

"Rumah saya hampir satu meter dari sungai dan hujan bermula jam 4 petang. Pada jam 11 malam air mula naik ke atas rumah dan kami berlari menyelamatkan diri di Pejabat Kesedar yang jaraknya hampir 100 meter

"Kami hanya sempat menyelamatkan dokumen penting. Air mula surut kira-kira jam 5.30 pagi dan kami terus membersihkan lumpur," katanya.

Menurut Mohd Ghazali Bedol, 62, kejadian banjir kilat berlaku selepas banjir besar 2014.

"Mungkin dengan cara mendalamkan Sungai Ceweh ini dapat menyelesaikan masalah banjir kilat yang berlaku pada setiap tahun ini," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusoff berkata, pihaknya hadir menyantuni mangsa banjir kilat dengan menyampaikan sumbangan dan makanan asas bagi meringankan beban mereka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... m-air-separas-lutut

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.065380 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list