CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 363|Reply: 0

[Terengganu] Tolong baiki segera jeti bot penambang

[Copy link]
Post time 8-11-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan jeti bot penambang yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Terengganu: Isu kerosakan jeti bot penambang yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) di sini, sudah berlarutan sejak setahun tanpa sebarang penyelesaian.

Sehingga kini, keluh-kesah hampir 20 pemandu bot penambang yang mahu jeti itu dibaiki seolah-olah belum mendapat perhatian pihak berkaitan.

Pengerusi Persatuan Pemandu Bot Penambang Seberang Takir, Muhamad @ Mamat Ibrahim, 75, berkata, sudah banyak kali pihaknya menyuarakan permohonan supaya ia dibaiki.



"Keadaan jeti ini memang sudah usang dan boleh mengancam keselamatan, terutama kepada penumpang warga emas dan kanak-kanak.

"Walaupun tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan bot penambang ini, ia masih menjadi pengangkutan utama bagi penduduk di Seberang Takir untuk berulang-alik ke bandar terutama PBKP atau pelancong untuk merasai pengalaman menaiki bot penambang.

"Kami harap pihak berkaitan dapat membantu menyelesaikan isu ini kerana ia turut memberikan imej tidak baik kepada industri pelancongan negeri," katanya ditemui di Jeti Seberang Takir, Kuala Nerus.

Perkara sama turut diluahkan Razali Abdul Ghani, 72, berkaitan keadaan jeti yang rosak sejak November tahun lalu berikutan banjir dan pergerakan arus deras.

Katanya, struktur pada bahagian jeti terapung itu mengalami kerosakan teruk terutama pada bahagian laluan yang menyambungkan pelantar ke darat.

"Sebelum ini, kami (pemandu bot) mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan modal kira-kira RM1,000 untuk membaiki jeti berkenaan kerana bimbang keselamatan.

"Ketika air pasang, laluan yang menyambungkan pelantar terapung ke darat dilihat stabil namun keselamatannya masih diragui," katanya.

Seorang lagi pemandu bot penambang, Wan Muhamad Alif Muhaimi Othman, 27, berkata, walaupun terdapat sebuah lagi jeti yang digunakan oleh pengendali teksi air namun penumpang ke PBKP kebiasaannya tidak mahu mereka diambil atau diturunkan di jeti berkenaan kerana faktor jarak.

"Selain berharap jeti dapat dibaiki segera, kami harap kerajaan dapat menunaikan janji menyalurkan semula bantuan bulanan RM200.

"Kami harap, calon yang memenangi pilihan raya kali ini dapat menyelesaikan isu ini dengan segera," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jeti-bot-penambang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.152616 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list