CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 351|Reply: 0

[Kelantan] Penduduk harap jambatan disiapkan mengikut jadual

[Copy link]
Post time 12-11-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Pasir Kelang menggunakan feri menyeberangi Sungai Kelantan yang merupakan satu-satunya pengangkutan yang ada untuk menuju ke kampung berhampiran dan bandar berikutan jambatan yang terletak jauh dari penempatan mereka. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kuala Krai: Hampir 15,000 penduduk di lapan kampung di sini hanya bergantung kepada feri atau bot untuk ke bandar Kuala Krai, sejak puluhan tahun lalu.

Kampung berkenaan termasuklah Kampung Pengkalan Pasir Baru, Kampung Pengkalan Pasir Lama, Kampung Bahagia, Kampung Buyong Darul Hijrah, Kampung Sungai Taku, Kampung Taku Estet dan Kampung Sokor.

Mereka mendakwa, apa yang menjadi kesulitan penduduk sehingga menjejaskan aktiviti seharian mereka adalah feri terbabit sering rosak, selain tidak boleh beroperasi sekiranya air besar terutama musim tengkujuh.


Terdapat juga jalan darat namun agak jauh dan mengambil masa hampir dua jam, sekiranya mahu ke bandar Kuala Krai memandangkan laluan itu perlu melalui Tanah Merah terlebih dahulu, berbanding menggunakan feri hanya beberapa minit sahaja.

Justeru, penduduk menggesa supaya pembinaan jambatan yang menghubungkan dari Kampung Pasir Era ke Kampung Pasir Kelang, dimulakan tahun lalu, dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Penduduk Kampung Pasir Kelang, Mat Noor Mat Hussin, 53, meluahkan rasa sedih memikirkan kehidupan mereka sejak puluhan tahun lalu.

Dia mendakwa, anaknya yang berusia empat bulan juga meninggal dunia sebelum ini disebabkan sakit dan lambat untuk dibawa ke hospital memandangkan operasi feri hanya beroperasi jam 7 pagi sehingga 10 malam sahaja.

"Saya masih ingat ketika itu anak saya sakit dan feri sudah tidak beroperasi menyebabkan anak saya meninggal dunia. Memang ada jalan darat namun hampir dua jam baru sampai ke bandar Kuala Krai, berbanding menggunakan bot atau feri hanya lima minit sahaja.

"Sedih memikirkan kehidupan penduduk di sini sedangkan sekarang sudah tahun 2022 dan tidak sepatutnya kami hidup begini seolah-olah kampung kami jauh di pedalaman.

"Kami berharap pembinaan jambatan itu dapat disiapkan mengikut jadual dan tidak tertangguh memandangkan jambatan adalah perkara paling penting buat kami di sini supaya tidak perlu lagi bergantung kepada bot atau feri," katanya.

Penduduk, Zawawi Mat Yaakob, 43, pula berkata selain menyukarkan aktiviti harian, persekolahan anak juga terjejas memandangkan tiada sekolah menengah dalam kampung berkenaan.

"Setiap hari untuk ke sekolah bagi pelajar sekolah menengah, mereka perlu menunggu bot atau feri kerana kebanyakan anak-anak tidak mahu tinggal di asrama.

"Beginilah kehidupan kami sejak puluhan tahun lalu dan harapan kami supaya pembinaan jambatan itu dipercepatkan.

"Jika betul pemimpin mahu bantu rakyat, jambatan itu adalah hadiah paling bermakna buat kami di sini," katanya.

Pada Ogos tahun lalu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar sudah meluluskan projek pembinaan jambatan sepanjang 100 meter yang merentangi Sungai Kelantan dan dijangka mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM30 juta.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-mengikut-jadual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.035460 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list