CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Terengganu] Penduduk tuntut projek tebatan banjir

[Copy link]
Post time 12-11-2022 04:59 PM | Show all posts |Read mode

SURIANI Zakaria menunjukkan keadaan longkang yang tersumbat di depan rumahnya di Teluk Kalong. FOTO Rosli Ilham.

Chukai: Kira-kira 400 penduduk Kampung Teluk Kalong, Kemaman menuntut projek tebatan banjir disegerakan kerana tidak sanggup berhadapan kerosakan dan berpindah randah setiap kali banjir berlaku.

Suriani Zakaria, 43, berkata, sudah tujuh tahun berhadapan masalah banjir, namun tiada tindakan diambil yang benar-benar menyelesaikan isu berkenaan.

"Apabila hujan seharian, saya dan keluarga mesti sukar tidur lena kerana bimbang rumah naik air dan banjir.


"Apabila ia berlaku, kami jadi lebih serabut kerana banyak barang rosak, letih berpindah randah dan kerja mencuci sisa banjir yang memenatkan," katanya.

Bagi Ruzilawati Mohamad, 38, dia kecewa apabila janji pihak berkuasa untuk menangani masalah banjir termasuk dengan pembinaan tebatan seolah-olah tidak dilunaskan.

"Kita tunggu janji yang nak buat saluran dan sebagainya (untuk atasi banjir). Agak kecewa apabila ia masih tidak ditunaikan.

"Penduduk tiada pilihan melainkan terpaksa hadapi situasi ini setiap tahun, kita pun tidak mampu cari kediaman lain," katanya.

Berpendapat sama, Ruslina Idrus, 34, berkata, kerja pembersihan longkang semata tidak mampu untuk mengurangkan masalah banjir lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh.

"Projek tebatan banjir di kawasan ini perlu dibuat dengan segera kerana perkara ini sudah lama berlaku dan menyusahkan penduduk. Sampai bila kami perlu tanggung kerugian setiap kali banjir melanda," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, kerja pembinaan projek tebatan banjir dan sungai tiruan bernilai RM12 juta sedang diatur.

"Kita berharap penduduk bersabar. Kerajaan faham masalah dihadapi penduduk di situ dan telah mengambil langkah melaksanakan projek tebatan banjir di situ," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ojek-tebatan-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042117 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list