CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 0

[Terengganu] PRU-15: Pokcik Mat tak pernah 'ponteng' mengundi

[Copy link]
Post time 15-11-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD tidak sabar untuk mngundi pada Pilihan Raya Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada 19 November ini. FOTO BERNAMA

Chukai: Tidak pernah 'ponteng' mengundi dan sentiasa mengingatkan orang sekelilingnya supaya keluar mengundi setiap kali adanya pilihan raya, membuktikan betapa 'Pokcik Mat' sangat faham akan tugasnya sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam menentukan tampuk kepimpinan negara.

Warga emas berusia 94 tahun yang nama sebenarnya Muhammad Abdullah itu berkata, tanggungjawab kepada negara tidak akan disia-siakan, justeru dia akan tetap keluar memilih pada hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, walaupun uzur dan semakin dimamah usia.

"Anak pak cik bekerja di Kuala Terengganu, jadi pak cik ingatkan mereka untuk datang bawa pak cik pergi mengundi apabila tiba harinya. Pak cik mengundi di sini sahaja (Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang)," katanya kepada Bernama di kediamannya di Bukit Kuang dekat sini.

Dalam pada itu, Pokcik Mat turut meluahkan rasa kesal dan terkilan dengan sikap segelintir anak muda, serta segelintir 'orang tua' yang hanya tahu 'sembang kencang' tentang politik tanah air, namun apabila tiba hari mengundi masing-masing hanya 'tidur' di rumah.


"Pak cik harap semua (golongan rakyat) akan keluar mengundi pada 19 November nanti. Penting kerana itu tanggungjawab kita kepada negara, kena undi untuk tentukan siapa bakal memimpin kita," katanya yang juga seorang daripada 139,423 pemilih yang layak mengundi di Parlimen Kemaman.

Sementara itu di Jertih, seorang lagi warga emas, Wan Yah Wan Ya'akob, 98, dari Kampung Jabi turut teruja untuk keluar mengundi walaupun ada ketika tahap kesihatannya merosot termasuk penglihatan dan pendengarannya.

Berkongsi kisah mengenai semangat warga emas itu, anak bongsunya, Harun Md Deli, 62, berkata, dia tidak keberatan untuk membawa ibunya ke pusat pengundian jika kesihatan Wan Yah berada pada tahap yang baik pada hari itu.

"Pada PRU-14 pun sayalah yang bawa mok (ibu) pergi mengundi. Walaupun kesihatan mok ada turun naik, tapi ingatannya masih kuat. Perihal mengenai perlunya keluar mengundi pun dia sudah tahu," katanya yang akan mengundi di pusat mengundi Sekolah Menengah Jabi, kira-kira dua kilometer dari rumah mereka.

Harun berkata, usia sebenar ibunya mungkin sudah melebihi 100 tahun berdasarkan tanda bintang pada hujung nombor kad pengenalan dan dipercayai ibunya adalah orang paling tua di kampung mereka.

"Orang dulu-dulu daftar kelahiran lambat. Mok tiada sakit kritikal dan masih boleh berjalan tapi perlu dipimpin, masih kuat beribadah dan dari segi pemakanan pula, dia hanya makan budu, ulam-ulaman dan ikan singgang dan minum hanya air suam," katanya.

Menurut statistik daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikemas kini sehingga 9 Oktober lepas, sebanyak 922,856 pemilih di Terengganu layak mengundi pada PRU-15.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-ponteng-mengundi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036146 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list