CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

[Kelantan] Sedia bot, sampan sendiri hadapi banjir

[Copy link]
Post time 15-11-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK Kampung Tersang di Rantau Panjang menggunakan sampan untuk meninjau keadaan rumah mereka, hari ini. FOTO Bernama.

Pasir Mas: Kampung Tersang bukanlah 'kampung air' tetapi setiap rumah di sini memilik bot atau perahu sebagai persediaan menghadapi banjir yang sering berlaku.

Setiap kali hujan lebat, kampung itu antara kawasan terawal di Kelantan dinaiki air akibat limpahan Sungai Golok sehingga menyebabkan beberapa rumah penduduk ditenggelami banjir dan mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Tinjauan Bernama di Kampung Tersang, hari ini mendapati rata-rata penduduk telah melakukan persediaan awal bagi menghadapi bencana itu khususnya menyediakan bot dan sampan sendiri untuk memudahkan urusan harian.

Penduduk, Muhammad Rodi Zakaria, 56, berkata, setiap tahun kampung itu berdepan situasi banjir dan tidak hairanlah sekiranya mereka menyediakan pengangkutan alternatif itu kerana jalan raya dinaiki air dan tidak boleh dilalui.



"Rutin harian tetap dilakukan walaupun terpaksa menaiki sampan atau bot untuk pergi tempat kerja dan melakukan rutin harian.

"Berdasarkan pengalaman banjir tahun lalu, lebih seminggu kami terpaksa menggunakan bot atau sampan ini kerana rumah masih digenangi air," katanya.

Fauziah Daud, 59, berharap pihak berwajib segera menangani masalah banjir di kampung itu kerana dalam tempoh setahun hampir dua atau tiga kali mereka terpaksa berpindah ke PPS.

"Tempat lain belum kena (banjir), kami sudah kena.. malah kami kadangkala terpaksa berada di PPS lebih dari seminggu, saya dah rasa letih apabila banjir berlaku kerana terpaksa kemas rumah dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak lapan PPS dibuka di Pasir Mas membabitkan 2,076 orang daripada 693 keluarga, setakat 4 petang tadi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndiri-hadapi-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.300462 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list