CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Terengganu] PRU-15: 9 anggota polis Terengganu positif Covid-19 tunaikan tanggungjawab

[Copy link]
Post time 15-11-2022 12:39 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA polis menjalankan tanggungjawab dengan mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. FOTO Ghazali Kori

Kuala Terengganu: Sembilan pegawai dan anggota polis Kontinjen Terengganu yang dijangkiti Covid-19 antara yang menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, ia membabitkan enam pegawai dan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK) Terengganu, manakala tiga lagi masing-masing dua di daerah Kuala Terengganu serta seorang lagi di Kemaman.

Beliau berkata, semua yang dijangkiti Covid-19 itu berada dalam keadaan baik dan dinasihatkan untuk mengundi pada saat akhir bagi mengelak bertembung dengan pegawai dan anggota yang lain.


"Sebagaimana prosedur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di kaunter bagi membolehkan mereka yang positif Covid-19 melaporkan keadaan kesihatan mereka sebelum meneruskan pengundian.

"Kita telah menghubungi semua mereka dan mengenal pasti saluran mereka dan kita menasihatkan mereka untuk mengundi di saat-saat akhir supaya tidak berlaku kesesakan kepada yang lain bagi mengelak jangkitan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di pusat pengundian awal di IPK Terengganu, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Suffian Sulaiman.

Mengulas lanjut, Rohaimi berkata, 7,025 polis dan tentera akan mengundi dengan 29 pusat mengundi dibuka membabitkan 35 saluran di seluruh di Terengganu.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,403 orang terdiri daripada 1,369 pegawai dan anggota polis, manakala selebihnya membabitkan pegawai dan anggota tentera akan membuang undi di IPK Terengganu.

"Di IPK, sebanyak lima saluran dibuka bagi melaksanakan proses berkenaan dengan dua daripada akan ditutup jam 12 tengah hari, satu saluran ditutup jam 1 tengah hari dan dua lagi akan ditutup jam 5 petang.

"Kita turut mengatur waktu mengundi dengan mereka yang bertugas pagi akan mengundi pada sebelah petang dan begitu sebaliknya, Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aikan-tanggungjawab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.432081 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list