View: 404|Reply: 0
|
[Terengganu]
APMM tahan dua bot, 21 nelayan asing
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Taktik nelayan Vietnam cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan menggunakan nombor pendaftaran tempatan tidak berhasil, apabila ditahan 59 batu nautika dari Kuala Terengganu.
Dua bot bersama 21 kru termasuk tekong itu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika sedang mengutip hasil laut dengan tunda ganding pada 8.15 malam kelmarin.
Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Majid@Razali berkata, penahanan itu dilakukan anggota penguatkuasaan menerusi Op Naga Barat dan Op Khas Kuda Laut.
"Sebuah daripada bot itu menggunakan nombor pendaftaran tempatan dan pemeriksaan lanjut mendapati nombor pendaftaran itu sudah tamat tempoh pada 2017.
"Semua nelayan berusia 19 hingga 45 tahun itu pula gagal menunjukkan pengenalan diri yang sah," katanya pada sidang media di pejabat APMM di sini, hari ini.
Mohd Khairulanuar berkata, kesemua kru dibawa ke jeti APMM negeri untuk tindakan lanjut selain turut merampas peralatan menangkap ikan, diesel dan hasil bernilai RM3 juta.
"Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Khairulanuar berkata, dalam tempoh Januari hingga 15 November lalu, 193 nelayan warga Vietnam berusia 19 hingga 65 tahun ditahan, dengan 22 bot disita dan nilai rampasan berjumlah RM33 juta.
Katanya, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan perairan negara, termasuk ketika musim monsun timur laut.
Beliau menasihati orang ramai terutama komuniti maritim supaya menjaga aspek keselamatan ketika berada di perairan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan asing Vietnam bersama 21 kru termasuk tekong selepas menceroboh di perairan negara, sekitar 8.15 malam kelmarin, yang dimaklumkan dalam sidang media di Jeti Maritim Negeri Terengganu hari ini. FOTO BERNAMA
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... layan-asing-metrotv |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|