View: 299|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kerajaan pindah gajah beri laluan projek Empangan Nenggiri
[Copy link]
|
|
Kerajaan Kelantan dan Perhilitan akan memindah hidupan liar dan gajah bagi memberi laluan kepada projek Empangan Nenggiri.- Foto SUMBER MEDIA SOSIAL.
KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia memindahkan semua hidupan liar termasuk gajah sebaik sahaja kerja-kerja projek Empangan Nenggiri di Gua Musang dimulakan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkara tersebut sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri.
“Perkara tersebut (pindah gajah) sudah berada dalam tindakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan menjadi sebahagian perancangan kerajaan,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ab. Aziz Yusof (BN-Nenggeri) berkait perancangan kerajaan negeri untuk memindahkan hidupan liar khususnya gajah apabila hutan ditebang untuk projek Empangan Nenggiri.
Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu memberitahu, kerajaan telah menerima pampasan berjumlah RM413.73 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk projek pembinaan Empangan Nenggiri.
Utusan Malaysia pada 12 Jun lalu melaporkan, Projek Hidroelektrik Nenggiri yang menelan kos RM5 billion bakal memberi manfaat besar terhadap pembangunan negeri Kelantan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika itu berkata, hidroelektrik itu bakal menyalurkan 300 megawatt (MW) akan meningkatkan kepasiti penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) di semenanjung Malaysia.
Projek itu dijangka beroperasi pada pertengahan tahun 2027.- UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... -empangan-nenggiri/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|