View: 297|Reply: 0
|
[Terengganu]
Bimbang tidak dapat telur, pelanggan sanggup bayar deposit
[Copy link]
|
|
FOTO HIASAN.
Kuala Nerus: "Sebelum ini, kita ada mengambil tempahan daripada pelanggan tetap atau orang ramai yang selalu datang membeli terlebih dulu sebelum bekalan telur tiba.
"Bagaimanapun, ada kalangan pelanggan menyuarakan kekesalan apabila ada antara mereka tidak sempat memperoleh telur kerana sudah habis dibeli orang ramai," kata pekerja di sebuah pemborong telur di daerah ini, Solehuddin Mohd, 24.
Dia yang sudah bekerja sejak empat tahun lalu berkata, masalah kekurangan telur masih lagi berlaku dan tidak stabil seperti mana sebelum ini.
Menurutnya, pihaknya menerima bekalan telur sebanyak 2,000 biji daripada pembekal dari utara pada Sabtu lalu dengan menjual harga RM14.40 bagi gred A, RM14 bagi gred B dan RM13.80 gred C.
"Biasanya sebanyak 4,000 biji tempahan telur dibuat dengan pembekal, namun kami hanya menerima antara 2,000 hingga 2,500 biji sahaja.
"Bekalan yang kami terima ini hanya mampu bertahan sehari saja apabila diserbu orang ramai dan sehingga hari ini masih menunggu bekalan baru. Tapi, saya tidak tahu bila akan tiba.
"Sekarang ini, kita hanya menjual telur Omega dengan harga RM20 sepapan sementara menunggu bekalan yang dijangka tiba hujung minggu ini," katanya yang ditemui di kedainya di sini, hari ini.
Solehuddin berkata, dia juga terpaksa mengehadkan pembelian kepada pelanggan kerana mahu memastikan orang ramai mendapatkan walaupun dengan kuantiti sedikit.
"Kita juga tidak lagi mengambil tempahan awal walaupun ada kalangan pembeli yang kita kenal kerana mahu menjaga hati semua pihak.
"Ada juga dalam kalangan mahu meninggalkan wang deposit kerana tidak mahu bersusah payah mencari di tempat lain," katanya.
Seorang peniaga kedai makan, Masitah Muhamad, 36, berkata, dia memang mendapatkan telur dengan pemborong itu kerana dekat dengan rumahnya.
"Saya memerlukan bekalan telur setiap hari untuk membuat kuih dan jika tiada telur di sini, saya terpaksa mencari di tempat lain termasuk ke pasar raya di bandar raya Kuala Terengganu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nggup-bayar-deposit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|