CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Pahang] Cat sendiri CH di kereta

[Copy link]
Post time 30-11-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode

PENGUAT Kuasa JPJ memeriksa kenderaan ketika operasi di sekitar Cameron Highland. FOTO GENES GULITAH

Cameron Highlands: Menyamar seperti orang awam dengan menaiki motosikal biasa dan kereta biasa bagi mengekori sebelum menahan pacuan empat roda dan lori 'hantu' dipandu warga asing.

Itu taktik dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjalankan operasi Op Pewa bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) susulan pendedahan laporan ekslusif Harian Metro berkaitan kebanjiran warga asing memandu kenderaan komersial tanpa Lesen Vokasional (GDL) di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, JPJ mengambil perhatian dan memantau secara dekat berhubung peningkatan pemandu warga asing di jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.

Menurutnya, JPJ meneruskan usaha literasi Penguatkuasaan Strategik secara berterusan dengan melaksanakan Op Pewa menyasarkan pemandu warga asing di Cameron Highlands.

"Operasi Op Pewa membabitkan kekuatan 49 anggota JPJ dan JIM. Mereka memfokuskan pemeriksaan roadworthiness (kelayakan berada di atas jalan raya) kenderaan, dokumentasi seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM), Insurans, Lesen Memandu (LM) termasuk dokumentasi mengikut Akta Imigresen 1959 oleh pihak JIM.



OPERASI dilakukan oleh JPJ dengan kerjasama JIM.

"Sebanyak 116 kenderaan pelbagai model digunakan warga asing diperiksa. Daripada jumlah itu, 19 kenderaan diambil tindakan dengan 17 disita. Ia membabitkan 10 pacuan empat roda dan tujuh lori tidak mematuhi roadworthiness kenderaan yang boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya," katanya.

Zailani berkata, 82 notis saman direkodkan dalam operasi itu.

"Sebanyak 57 saman dikeluarkan kepada warga asing membabitkan pelbagai kesalahan antaranya tiada LM, tiada LKM, tiada Lesen Vokasional (GDL), tiada perlindungan insurans dan kesalahan lain.

"Malah, pemeriksaan mendapati ada kenderaan menggunakan nombor pendaftaran palsu, salah guna permit CH dan mengubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi dibenarkan.

"Dalam operasi itu lelaki warganegara India ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah," katanya.


ANTARA kenderaan yang diperiksa ketika operasi.

Beliau berkata, permit CH hanya diberi kepada kenderaan komersial di Cameron Highlands sahaja.

"Permit CH tertera di kenderaan mereka bagi mengusahakan sektor pertanian dan agro tani dalam radius pergerakan 25 kilometer sahaja.

"Mereka tidak boleh memandu lebih daripada sempadan radius dibenarkan. Keistimewaannya (pemilik Permit CH) adalah mereka hanya dikenakan bayaran 10 peratus daripada harga biasa bagi cukai jalan.

"Malah, melalui pemeriksaan ada pemilik kenderaan menyalah guna permit CH. Ada kenderaan tiada CH tetapi mengecat sendiri kenderaannya dengan tulisan CH," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... endiri-ch-di-kereta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057708 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list