View: 393|Reply: 0
|
[Kelantan]
JBPM Kelantan siasat empat anggota bomba terbabit dadah, ketum
[Copy link]
|
|
JAINAL@Zainal pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Jasamu Dikenang JBPM Kelantan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan di sini, hari ini. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedang membuat siasatan terhadap empat anggota yang disyaki terbabit dengan ketum dan dadah.
Pengarah JBPM Kelantan, Jainal@Zainal Madasin berkata, mereka termasuk dua anggota tetap yang berusia antara 20-an hingga 30-an disiasat sebelum tindakan disiplin diambil terhadap mereka.
Katanya, setakat ini, empat anggota berkenaan termasuk dua anggota dari pasukan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) disyaki terbabit dengan dadah termasuk jenis Methamphetamine.
"Mereka ini dikesan terbabit dengan gejala terlarang ini hasil daripada program pemutihan yang dianjurkan oleh jabatan.
"Kita akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja kerana perbuatan mereka ini sangat berat dan membabitkan imej pasukan. Pihak polis juga mengambil tindakan terhadap mereka dan kalau boleh diambil tindakan berat jika didapati bersalah.
"Kita tidak mahu mereka yang terbabit dengan gejala tidak sihat ini akan menjadi satu virus di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Jasamu Dikenang JBPM Kelantan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Zainal berkata, program pemutihan itu untuk memastikan pegawai dan anggota bomba negeri ini bersih dan tidak terbabit dengan kegiatan terlarang.
"Semua pegawai dan anggota bomba di Kelantan memberi sokongan terhadap program berkenaan. Kita menasihatkan mereka supaya tidak mengambil barang terlarang ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erbabit-dadah-ketum |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|