CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pasca pandemik: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang hampir cecah 100 peratus

[Copy link]
Post time 11-12-2022 07:13 PM | Show all posts |Read mode
Pasca pandemik: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang hampir cecah 100 peratus


Disember 11, 2022 @ 7:08pm



Peserta membanjiri Jambatan Pulau Pinang pada pertandingan Larian Marathon Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang hari ini.



GEORGETOWN: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang mencecah hampir 100 peratus buat pertama kali tahun ini pada Disember sepanjang tempoh era pasca-pandemik.

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin, berkata menjelang akhir tahun ini, negeri itu siap siaga menyambut lebih ramai ketibaan pengunjung bukan sahaja pelancong tempatan tetapi juga antarabangsa dari negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Soon Hin berkata beliau telah menerima maklum balas daripada pihak hotel yang mendapat kadar penginapan tinggi bulan ini.

"Kadar penginapan hotel bagi bulan Disember ialah kira-kira 80 hingga 100 peratus. Kebanyakan hotel telah mencecah kadar tempahan 100 peratus kali ini," katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian hadiah bagi Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2022 di sini hari ini.

Beliau juga berkata memandangkan jumlah pelancong semakin meningkat, hotel di Pulau Pinang telah ditempah sepenuhnya dari Oktober hingga Disember tahun ini. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038778 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list