CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Kedah] Dengarlah rayuanku

[Copy link]
Post time 5-2-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode

ABD Amin buta sebelah mata ketika berusia 10 tahun akibat mercun bola. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Mangsa yang buta akibat terkena serpihan mercun bola berharap kerajaan dapat menghadkan jualan bunga api dan mercun berikutan ia akan memberi kesan buruk kepada orang ramai sekiranya tidak dikawal.

Mohamad Abd Amin Zokri, 29, berkata, kejadian bermain mercun bola 19 tahun lalu yang menyebabkan mata kirinya buta masih segar dalam ingatan malah dia masih trauma dengan kejadian.

"Saya tidak setuju jika kerajaan benarkan mercun dan bunga api dijual secara meluas, kalau hendak benarkan memadai beberapa jenis bunga api dan mercun yang tidak berbahaya.

"Selain dikhuatiri mendatangkan kecederaan, ia juga boleh memberi mudarat kepada masyarakat seperti berlaku kebakaran rumah atau premis yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa," katanya kepada Metro Ahad.

Abd Amin berkata, kerajaan perlu meneliti setiap jenis bunga api dan mercun yang akan dibenarkan kelak dengan mengambil kira kesan kepada masyarakat dan bukannya untuk menjana ekonomi semata-mata.

Katanya, penjualan mercun bola contohnya, perlu diharamkan berikutan letupannya akan menyebabkan kecederaan teruk sekiranya individu yang bermain dengannya lalai.

"Malah kandungan bahan kimianya juga boleh menjejaskan kesihatan, sebagai orang yang sudah memegang kad orang kurang upaya (OKU), saya tidak mahu ia berlaku kepada individu lain.

"Bukan mudah menjalani hidup sebagai seorang OKU, saya harap keadaan saya sekarang dapat menjadi contoh kepada orang ramai, dengan keadaan saya yang begini, saya sukar mendapat jodoh apatah lagi saya hanya petani.

"Sekarang saya buat kerja sambilan sebagai buruh kasar dengan gaji RM90 sehari, orang perempuan susah hendak 'pandang' saya, sebab itu sampai sekarang saya masih bujang," katanya yang tinggal di Kampung Bukit Lala, Pokok Sena.

Abd Amin berkata, keseronokan bermain mercun hanya sementara sedangkan derita yang ditanggung adalah seumur hidup.

"Hari ini kita main mungkin kita tak cedera, tapi esok lusa kita tak tahu, tambahan pula selepas ini mercun dan bunga api mudah didapati di pasaran.

"Saya tak mahu dengar atau baca berita ramai kanak-kanak atau remaja yang cedera bermain mercun, mereka perlu fikir masa depan mereka, apa yang boleh dielak kita elak," katanya.

Abd Amin dilahirkan sempurna namun akibat terkena serpihan belerang dan kulit mercun bola pada usia 10 tahun, pemuda ini terpaksa meneruskan hidup dengan sebelah mata.

Ketika bermain mercun bola yang dibaling oleh rakannya ke dalam parit, dia tidak sempat berpaling muka menyebabkan serpihan belerang dan kulit mercun masuk ke dalam mata kiri dan dia terus rebah ke tanah sebelum dikejarkan ke hospital. Doktor kemudian mengesahkan matanya rosak teruk akibat serpihan belerang mercun.

Katanya, doktor memberi pilihan untuk menggunakan mata palsu namun apabila memikirkan kesan jangka panjang yang dikhuatiri boleh menyebabkan kelopak mata tertutup, Abd Amin memilih untuk mengekalkan mata asal.
https://www.hmetro.com.my/utama/2023/02/932713/dengarlah-rayuanku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.947658 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list