CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Kedah] Jual biskut raya harga berpatutan biarpun kos naik

[Copy link]
Post time 3-3-2023 05:35 PM | Show all posts |Read mode
Jual biskut raya harga berpatutan biarpun kos naik


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



Pengusaha kuih raya, Habibah Mustapa, 37, dan Siti Norlela Khalid, 35, menyiapkan tempahan kuih raya di Hutan Kampung,Alor Setar. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR




Alor Setar: Meskipun berlaku kenaikan harga bahan mentah, suri rumah yang mengusahakan pembuatan biskut raya masih mengekalkan harga berpatutan.

Habibah Mustafa, 37, berkata dia memberi jaminan bahawa saiz dan rasa biskut rayanya tetap sama kerana mahu pelanggan rasa puas hati.

Menurutnya, untuk tahun ini, dia memperkenalkan harga biskut raya serendah RM18 sebalang bersaiz sederhana (32 biji) berbanding RM28 hingga RM30 sebalang (50 biji) sebelum ini.

"Saya tahu dengan keadaan ekonomi sekarang ramai yang terpaksa berjimat untuk membeli keperluan lain termasuk pakaian, kuih-muih serta kelengkapan untuk menyambut Hari Raya.

"Jadi tak salah sekiranya saya mengambil keputusan untuk menjual kuih raya yang mampu dibeli orang ramai asalkan mereka berpuas hati," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Menurut Habibah, walaupun terpaksa mengenepikan keuntungan, dia memberanikan diri menjual 11 jenis biskut raya untuk pilihan orang ramai.

Katanya, tempahan yang diterimanya bukan sahaja dari Kedah, malah dari Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur dan Cameron Highlands, Pahang.

"Walaupun sudah lima tahun berkecimpung dalam perniagaan biskut raya, kenaikan harga barang yang mendadak pada tahun ini secara tidak langsung memberi kesan .

"Tetapi ia sedikit pun tidak mematah semangat untuk meneruskan perniagaan yang diusahakan dengan titik peluh sendiri," katanya yang turut dibantu dua rakannya.




Disiarkan pada: Mac 3, 2023 @ 5:28pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.153698 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list