CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 261|Reply: 0

[Pulau Pinang] 9 ketua UMNO bahagian di Pulau Pinang menang tanpa tanding

[Copy link]
Post time 4-3-2023 02:08 PM | Show all posts |Read mode
9 ketua UMNO bahagian di Pulau Pinang menang tanpa tanding

04 Mac 2023 12:03pm

Datuk Musa Sheikh Fadzir. Foto: Bernama




GEORGETOWN - Seramai sembilan ketua UMNO bahagian di Pulau Pinang berjaya mempertahankan jawatan masing-masing selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023 hingga 2026.

Mereka adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir di bahagian Bukit Mertajam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Kepala Batas), Datuk Shaik Hussein Mydin (Bagan) dan Datuk Mohd Zaidi Mohd Said di Permatang Pauh.

Lima lagi ketua bahagian yang mempertahankan jawatan ialah Datuk Ahmad Ismail di Bukit Bendera, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Jelutong), Datuk Omar Faudzar (Bukit Gelugor), Datuk Mansor Musa (Bayan Baru) dan Datuk Jeffrey Salim di Tanjong.

Musa yang dihubungi Bernama berkata, empat lagi bahagian iaitu Tasek Gelugor, Batu Kawan, Nibong Tebal dan Balik Pulau, yang menyaksikan pertandingan antara dua hingga tiga penjuru.

Katanya, seramai 10 orang termasuk ketua-ketua bahagian UMNO di empat bahagian itu menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut.

"Bagi Tasek Gelugor menyaksikan Ketua Bahagian UMNO Datuk Mohd Yusoff Mohd Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, ditentang timbalannya Datuk Ibrahim Romli dan bekas ADUN Permatang Berangan Omar Abd Hamid.

"Di Batu Kawan pula, penyandangnya Datuk Mohd Noor Ahmad bertembung timbalannya Mohamad Hilmie Ibrahim, manakala bagi bahagian Nibong Tebal menyaksinya pertandingan tiga penjuru antara Ketua Bahagiannya Datuk Syafie Kassim, Timbalan Ketua Bahagian Rashidi Zainol dan bekas ADUN Sungai Bakap Datuk Mohd Foad Mat Isa,” katanya.

Musa berkata, bagi bahagian UMNO Balik Pulau pula menyaksikan pertembungan antara Ketua Bahagian Datuk Datuk Shah Headan Ayoob Shah dan bekas ADUN Pulau Betong Datuk Muhammad Farid Saad.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan ialah dari 1 hingga 26 Februari ini.


Selain itu, Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.973333 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list