CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 0

[Kedah] 867 pemohon projek PPR di Langkawi terima surat tawaran hari ini

[Copy link]
Post time 6-3-2023 04:53 PM | Show all posts |Read mode
867 pemohon projek PPR di Langkawi terima surat tawaran hari ini


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Mac 6, 2023 @ 4:25pm [email protected]




Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming




LANGKAWI: Seramai 867 pemohon Projek Perumahan Rakyat (PPR) menerima surat tawaran menduduki PPR Anggerik Lestari, Kuah dan PPR Indera Mahsuri, Ulu Melaka, hari ini.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata pembinaan 1,000 unit kediaman di dua PPR bermula 2018 membabitkan kos lebih RM263.8 juta.

Katanya, projek ini antara 10 PPR yang dibangunkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Kedah.

"Seramai 445 pemohon ditawarkan menduduki PPR Anggerik Lestari dan 422 pemohon bagi PPR Indera Mahsuri secara Skim Sewa-untuk-Milik atau Rent-to-Own (RTO).

"Manakala, baki unit akan dibuat pengisian secara berperingkat dalam tempoh tiga bulan akan datang kepada mereka yang memerlukan dan memenuhi syarat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kedua-dua PPR berkenaan dilengkapi lima Orang Kurang Upaya (OKU), surau, balai komuniti, kedai runcit, gerai makan, tadika dan taska untuk kemudahan penduduk.

Kor Ming berkata, projek pembangunan PPR adalah antara usaha Kerajaan Persekutuan membantu rakyat khususnya golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah atau B40 memiliki rumah sendiri.

"Rakyat seharusnya bertuah dan bersyukur kerana kerajaan memberi subsidi hampir 78 peratus untuk setiap rumah dianggar bernilai RM250,000 ini.

"Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan membantu golongan B40 memiliki rumah dengan menawarkan setiap unit rumah pada kadar sewaan amat rendah," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.105270 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list