CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1549|Reply: 0

[Kedah] 2 kenderaan hangus dalam kebakaran dua premis

[Copy link]
Post time 6-3-2023 09:26 PM | Show all posts |Read mode
2 kenderaan hangus dalam kebakaran dua premis


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Mac 6, 2023 @ 8:41pm  [email protected]




Anggota bomba memadamkan kebakaran membabitkan dua premis di Jalan Batu 16 di Pendang. - Foto ihsan bomba




Pendang: Dua kenderaan musnah dalam kebakaran membabitkan dua premis di Jalan Batu 16, di sini, petang tadi.

Kedua-dua kenderaan membabitkan Honda Civic dan Toyota Wish itu ditemukan hangus di dalam pusat servis kenderaan yang terbakar.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, tiga pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Jalan Raja dan Guar Chempedak dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan, selain dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tanah Merah, Pendang, Kota Sarang Semut, Kuala kedah dan Simpang Empat.

"Selain kedai servis kenderaan yang turut menjual tayar, satu lagi premis yang terbakar ialah kedai menjual perabot.

"Kedai servis terbabit musnah 80 peratus dengan dua kenderaan didalamnya terbakar, manakala kedai menjual perabot terbakar 20 peratus.

"kejadian tidak membabitkan mangsa dan punca serta kerugian masih dalam siasatan," katanya.









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.202678 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list