CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2707|Reply: 0

[Pulau Pinang] Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguhkan

[Copy link]
Post time 7-3-2023 07:51 PM | Show all posts |Read mode
Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguhkan

07 Mac 2023 04:13pm






Sidang DUN Pulau Pinang ditangguhkan pada Selasa ke satu tarikh yang akan ditetapkan. - Foto Bernama





GEORGE TOWN - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak Isnin, ditangguhkan pada Selasa ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Sepanjang persidangan dua hari itu, 69 soalan lisan, 586 soalan bertulis, dua usul serta satu rang undang-undang telah dikemukakan.

Rang Undang-Undang bernama ‘Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi pentadbiran Agama Islam dan perkara yang berhubungan dengannya’ oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, telah dibahaskan dan diluluskan.

Ahmad Zakiyuddin berkata, Rang Undang-Undang itu perlu diadakan, bagi menggantikan dan mengemaskinikan peruntukan-peruntukan mengenai pentadbiran Agama Islam, yang terdapat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

Seramai empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang berkenaan iaitu Datuk Muhamad Yusoff Mohd Noor (BN-Sungai Dua), Muhammad Faiz Fadzil (PH-Permatang Pasir), Dr Norlela Ariffin (PH-Penanti) dan Azrul Mahathir Aziz (PH-Bayan Lepas).

Persidangan pada Selasa turut menyaksikan Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) membentangkan usul tanpa pemberitahuan, yang mencadangkan supaya ketetapan diambil terhadap dakwaan ucapan provokasi yang bersifat menghasut dan ekstremis oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung isu kedaulatan negeri Pulau Pinang.

Menerusi usul itu, Guan Eng mencadangkan kerajaan negeri berikrar bersedia menggunakan segala tenaga dan usaha termasuk mengerahkan dan menggerakkan 1.8 juta rakyat Pulau Pinang, untuk membela dan mempertahankan kedaulatan negeri Pulau Pinang daripada dicemuh, diragui, dipertikaikan ataupun dicerobohi, oleh Menteri Besar Kedah.


Usul tanpa pemberitahuan itu kemudiannya diterima sebulat suara, selepas dibahaskan oleh lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) antaranya Mohd Yusni Mat Piah (PN-Penaga); Muhammad Faiz Fadzil (PH-Permatang Pasir); M. Satees (PH-Bagan Dalam) dan Datuk Muhamad Yusoff Mohd. Noor (BN-Sungai Dua). - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.195353 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list