CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2568|Reply: 1

[Kedah] Syed Razak meninggal dunia akibat masalah kesihatan

[Copy link]
Post time 8-3-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Syed Razak meninggal dunia akibat masalah kesihatan


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Mac 8, 2023 @ 12:44pm [email protected]




Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain




ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain, 79, meninggal dunia akibat masalah kesihatan di kediaman keluarganya di Sungai Petani dekat sini, hari ini.

Menteri Besar Kedah kelapan itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi, di samping keluarga dan anak cucunya.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Dr Zaki Zamani Abd Rashid yang mengesahkan perkara itu berkata, tahap kesihatan Syed Razak mula merosot sejak tiga hari lalu.

"Saya dimaklumkan ahli keluarga Allahyarham bahawa beliau meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi akibat masalah kesihatan.

"Bagi pihak UMNO Kuala Kedah, kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian di sini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Syed Razak adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan yang kemudian menjadi Menteri Besar Kedah bermula 1999 hingga 2005.

Beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, akibat masalah kesihatan dan digantikan bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2023 02:06 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.184012 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list