CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3384|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah laksana Menu Rahmah di bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 9-3-2023 04:42 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Kedah laksana Menu Rahmah di bazar Ramadan

oleh    ROSHILA MURNI ROSLI09 Mac 2023 02:02pm






Affendi (kanan) bersama Zamri meninjau barangan yang dijual dengan harga murah ketika Program Jualan Rahmah Pra Ramadan yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar.




ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah sedang merancang untuk melaksanakan Menu Rahmah di bazar Ramadan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, walau bagaimanapun perbincangan bersama peniaga dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu dilakukan terlebih dahulu.

Menurut beliau, ia bagi mencari mekanisme terbaik supaya pelaksanaan program terbabit memberi manfaat kepada semua pihak.

"Saya percaya rakyat khususnya peniaga telah membuka mata berkenaan Menu Rahmah ini dan Insya-ALLAH kita akan dapat kerjasama terbaik," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jualan Rahmah Pra Ramadan yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan, Alor Setar.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Datuk Zamri Yusuf.

Sementara itu, Affendi berkata, sebanyak 200 premis makanan di Kedah dijangka menawarkan Menu Rahmah menjelang Ramadan pada 23 Mac ini.

Tambah beliau, setakat ini jumlah premis makanan yang menyediakan menu berkenaan telah mencapai sasaran awal iaitu sebanyak 150 premis.

"Kita sedang menghampiri sasaran awal yang ditetapkan iaitu 150 premis dan sebelum Ramadan ini, diharapkan ia mampu mencapai 200 premis dapat menyediakan Menu Rahmah di seluruh Kedah bagi membantu golongan memerlukan," katanya.


Affendi berkata, pada program terbabit, dianggarkan lebih 150 individu berpeluang untuk mendapatkan 16 jenis barangan yang ditawarkan pada harga murah antaranya ayam mentah, telur, tepung, gula dan beras.

“Kita berharap program ini dapat dilaksanakan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan masyarakat setempat dapat membeli barangan pada harga yang murah, jadi kita akan bekerjasama dan berbincang dengan ADUN," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.114762 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list