View: 257|Reply: 0
|
Nurul Izzah idam padam rekod Fatehah
[Copy link]
|
|
NURUL Izzah ketika beraksi menentang atlet dari Jepun, Sato Mina dalam acara kelayakan pecut wanita elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Velodrom Nasional. FOTO AZRUL EDHAM
Nilai: Pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bercita-cita tinggi di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 apabila bertekad untuk memecahkan rekod berusia enam tahun yang dipegang bekas pelumba, Fatehah Mustapa dalam acara 500 meter (m) ujian masa.
Dia yang memenangi acara berkenaan pada edisi tahun lalu di New Delhi, India berkata, sedang bersiap sedia untuk mengharungi perlumbaan bagi memastikan misinya melakar rekod baharu kebangsaan tercapai.
Katanya, dia mahu mengukir sejarah dalam acara 500m ujian masa kerana kemungkinan acara itu tidak akan dipertandingkan lagi.
"Alhamdulilah ketika ini saya berjaya pecah rekod kebangsaan selepas melakukan 10.903s dalam acara pecut pada sesi kelayakan. Jadi, saya mahu lakukan sebaik yang boleh dalam acara seterusnya iaitu keirin dan 500m nanti.
"Dalam acara 500m saya sasar untuk pecah rekod kebangsaan selepas acara temasya Sukan Olimpik nanti acara tersebut mungkin digugurkan. Jadi, saya mahu pegang rekod 500m ini dan mengatasi rekod Fatehah sebelum ini iaitu 34.542s," katanya.
Pada masa yang sama, pelumba berusia 20 tahun itu turut mengakui dia akan memberi tumpuan pada acara keirin yang akan berlangsung pada Ahad ini kerana meletakkan sasaran untuk meraih pingat.
"Kalau boleh saya mahu meraih pingat dalam acara keirin tetapi saya perlu berusaha keras kerana banyak persaingan terutama dari Jepun dan China. Jadi, saya mahu buat terbaik," ujarnya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... padam-rekod-fatehah |
|
|
|
|
|
|
| |
|