View: 193|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Pegawai polis wanita buat hal lagi?
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video tular menunjukkan pegawai polis wanita mencetuskan kecoh.
Kuala Lumpur: Pegawai polis wanita yang mencemuh dan menghina anggota polis pangkat bawahan di Taman Sri Gombak, Batu Caves pada Khamis lalu sekali lagi mencetuskan kekecohan.
Ia susulan satu video tular memaparkan wanita berkenaan merakam pemandu wanita di parkir pusat beli-belah di Brickfields, semalam.
Video berdurasi seminit 30 saat itu tular di media sosial.
Aksi sama pegawai wanita itu dikecam netizen ia susulan tiada tindakan diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat wanita terbabit, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika dia bersama ibu dan neneknya yang berada di dalam kereta.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza yang ingin masuk ke parkir kosong membunyikan hon panjang serta memarahi wanita terbabit.
Pegawai polis wanita itu juga dikatakan mengeluarkan kata-kata rasis dan memperlekehkan pakaian pengadu.
Setakat ini, tiada respon dikeluarkan PDRM berhubung kejadian terbaru dilakukan pegawai polis wanita berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anita-buat-hal-lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|