View: 181|Reply: 0
|
[Perak]
Paras air Empangan Bukit Merah masih kritikal
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/El_Nino0103_1687165542.jpg)
EMPANGAN Bukit Merah ketika musim kemarau 2022. FOTO Danial Saad
Ipoh: Paras air di Empangan Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan di wilayah utara negeri Perak meningkat kepada sebanyak 6.965 meter, namun masih berada pada tahap kritikal iaitu pada status Aras Kritikal Pengairan Tahap 1 yang menyebabkan catuan pengairan dilaksanakan tanpa membabitkan gangguan terhadap operasi bekalan air domestik.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata peningkatan itu adalah berbanding semalam seperti yang ditularkan di media sosial iaitu 6.706 meter.
Beliau berkata, setakat hari ini kapasiti storan air di empangan terbabit adalah 18.70 juta meter padu, kembali kepada 34.31 peratus kapasiti normal berbanding 14.72 juta meter padu air atau 27.02 peratus daripada kapasiti normal semalam.
"'Trend' paras air Empangan Bukit Merah menunjukkan penurunan ketara bermula 29 Mei lalu. Bagaimanapun, status semasa hari ini (19 Jun) menunjukkan terdapat taburan hujan di kawasan tadahan yang menyumbang kepada peningkatan paras air empangan.
"Sehingga pagi ini, paras air Empangan Bukit Merah meningkat kepada 6.965 meter dengan storan 18.70 juta meter padu air (34.31 peratus) kembali kepada kepada status Aras Kritikal Pengairan Tahap 1," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, bagaimanapun Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah membuat permohonan untuk pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di empangan terbabit melalui Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian kepada Kerajaan Negeri Perak, 1 Jun lalu.
Katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan kepada ramalan 14 hari ke hadapan membabitkan paras air empangan itu yang disediakan oleh JPS Daerah Kerian yang menunjukkan 'trend' penurunan paras air, selain Jabatan Meteorologi Malaysia yang turut meramalkan kurang hujan turun di sekitar empangan terbabit.
Sementara itu, penurunan drastik paras air Empangan Bukit Merah turut menyebabkan Pulau Orang Utan, ditutup kepada awam sejak tiga minggu lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erah-masih-kritikal |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|