CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1383|Reply: 0

[Perak] Mangsa rentung baru bekerja tiga hari lalu

[Copy link]
Post time 8-8-2023 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Empat mayat mangsa rentung kemalangan dipindahkan dari Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh bagi proses bedah siasat jam 10.15 pagi ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Manjung: Salah seorang mangsa yang ditemukan rentung dalam kemalangan di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, di sini, petang semalam baru sahaja bekerja dengan syarikat kontraktor pembinaan selama tiga hari.

Dalam kejadian 5 petang itu, B Chandrasegaran, 50, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian bersama rakan sekerja Toon Ying Lup, 45; Chai Voon Loong, 56, dan seorang lagi mangsa yang belum dapat dipastikan identitinya.

Manakala seorang lagi mangsa Shariff Mohammed Sidek Mohammed, 54, cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung.

Sepupu kepada Chandrasegaran yang ingin dikenali sebagai Ramana, 40, berkata ahli keluarganya menerima berita kematian bapa kepada tiga anak itu daripada polis, malam tadi.

"Dia (Chandrasegaran) baru kerja bersama syarikat kontraktor pembinaan di dalam Pangkalan TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) Lumut itu untuk tiga hari.

"Sebelum ini, sepupu saya bekerja sebagai pemandu lori dan penternak kambing berdekatan rumahnya di Kampung Tersusun, Jelapang.

"Sejak mula bekerja Sabtu lalu, dia memang akan berulang-alik dari Jelapang ke Lumut setiap hari," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung, di sini, hari ini.

Sementara itu, isteri mangsa, R Poongothai, 50, dan anak sulungnya, C Hinthumathi, 21, tidak dapat menahan sebak sebaik melihat mayat Chandrasegaran dibawa keluar dari Unit Perubatan Forensik Hospital Seri Manjung menaiki trak polis untuk dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, pagi ini.

Bagaimanapun, mereka enggan ditemubual.

Difahamkan, keempat-empat mayat mangsa rentung dipindahkan bagi proses pengecaman waris.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erja-tiga-hari-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.043757 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list