CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1424|Reply: 1

[Selangor] Mohamed Imran didakwa dera isteri hingga mati

[Copy link]
Post time 8-8-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMED Imran didakwa memukul isterinya hingga mati dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang. FOTO Saifullizan Tamadi

Kajang: Ahli perniagaan yang menjadi buruan polis selepas mendera isterinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh, bulan lalu.

Bagaimanapun, Mohamed Imran Mohamed Yunos, 32, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md Sain.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Azween Noor Alias, 38, di sebuah unit pangsapuri di Jalan Sutera Pines antara jam 8 malam hingga 10.30 malam pada 22 Julai lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran manakala tertuduh diwakili peguam P Gunalan.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 September ini bagi sebutan semula kes sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Azween meninggal dunia di sebuah hospital swasta dekat Kajang, dipercayai akibat didera suaminya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, polis menerima laporan kejadian pada 12.15 tengah malam.

"Mangsa dihantar oleh suaminya dan selepas mendapat tahu isterinya disahkan sudah meninggal dunia, dia menghilangkan diri.

"Pemeriksaan awal pegawai perubatan terbabit mendapati terdapat kesan cedera dan lebam di seluruh badan mangsa.

"Mayat diserahkan ke Hospital Serdang untuk bedah siasat," katanya.

Hasil bedah siasat terhadap mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di keseluruhan badan manakala pakar patalogi mengesahkan punca kematian adalah akibat dipukul objek tumpul sehingga mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -isteri-hingga-mati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 01:30 PM | Show all posts
Dah dapat tangkap dah
Alhamdulillah...
Mereput lah ko kt dalam tu smp kena gantung nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.111395 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list