CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2814|Reply: 0

[Selangor] Konon eksport perabot, rupanya penuh disumbat rokok seludup

[Copy link]
Post time 8-8-2023 05:36 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian daripada rokok yang dirampas oleh Jabatan Kastam melalui Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) di Dengkil. FOTO MOHD FADLI HAMZAH

Dengkil: Negara ini seolah-olah dijadikan transit oleh sindiket penyeludupan rokok putih apabila ia turut dikesan cuba diseludup ke Australia menggunakan kontena.

Terbaru sindiket dikesan cuba menyeludup setuju barang rokok jenama Double Happiness yang diisytiharkan sebagai perabot melalui Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, Selangor.

Taktik itu bagaimanapun berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) melalui Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) pada 1 Ogos lalu.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah JKDM, Wong Pun Sian berkata, melalui serbuan pertama JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok rentas sempadan dipercayai untuk dieksport ke Australia menggunakan kapal laut di Pelabuhan Klang.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas kontena itu menemui lebih sejuta batang rokok seludup yang diikrar sebagai perabot terpakai yang disorok dalam ruang perabot dibuat khas menyerupai meja.

"JKDM berjaya menahan seorang ejen lelaki berusia 30-an bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media Kejayaan JKDM di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JKDM, sini, tadi.

Wong berkata, bagi kes kedua pula, JKDM berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan rokok putih jenama JDB John,Zon King,Canyon dan URserta rokok kretek berjumlah lebih tiga juta batangdi sebuah pusat kormesial di Kepong, Kuala Lumpur.

Menurutnya, dalam operasi ini JKDM turut merampas van berisi rokok bernilai RM48,000 yang digunakan untuk mengedarkan rokok berkenaan.

"Semua rokok yang tidak dibayar duti dan cukai kastam itu dianggarkan bernilai RM3.2 juta.

"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dibawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967, Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1968 dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... umbat-rokok-seludup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.112177 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list