CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3027|Reply: 0

[Perak] Penganggur didakwa rogol gadis bawah umur

[Copy link]
Post time 8-8-2023 05:39 PM | Show all posts |Read mode

Fazaikal Hakimi mengaku tidak bersalah sewaktu dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, bulan lalu. Foto ihsan

Ipoh: Penganggur mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, bulan lalu.

Tertuduh, Fazaikal Hakimi Mustafa, 21, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 13 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Menglembu, Ipoh antara 12 tengah malam hingga 4 pagi pada Julai 2023.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Salihen Mastor.

Evangelin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, namun Mohamad Salihen memohon jaminan minimum kepada anak guamnya atas alasan lelaki berkenaan tidak bekerja selain membantu ibunya menjaga datuk yang uzur.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 7 September depan untuk sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ol-gadis-bawah-umur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062398 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list