View: 1732|Reply: 1
|
[Selangor]
"Perlukan ubat RM2 juta, kami akan usaha tanpa henti'
[Copy link]
|
|
LAPORAN Harian Metro sebelum ini.
Kajang: Bapa Sufi Syafrina, bayi yang didiagnosis penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 yang kini berusia tujuh bulan berharap anak bongsunya itu dapat mengambil ubat sokongan Spinraza bagi mengurangkan kemerosotan ototnya sebelum ubat suntikan Zolgensma berharga RM9 juta.
Mohd Shafiq Idrus, 38, berkata, Sufi Syafrina ketika ini mengambil ubat risdiplam yang mana bekalannya hanya mencukupi untuk seminggu saja lagi yang dibeli menggunakan sumbangan daripada orang ramai.
Menurutnya, dalam masa sama mereka sekeluarga berharap anak bongsu daripada tiga beradik itu dapat mengambil ubat Spinraza yang dianggarkan berharga RM2 juta, namun dana ketika ini masih belum mencukupi untuk membeli ubat itu.
"Selepas mengambil ubat risdiplam nampak sedikit perubahan pada Sufi Syafrina dan dia juga melakukan bioterapi yang membolehkannya menggerakkan tangan sendiri, namun perkembangan anak tidak sama dengan bayi seusianya.
"Ketika ini Sufi Syafrina masih memerlukan bantuan pernafasan dan tiub untuk minum susu. Sebagai bapa saya berharap anak membesar dengan sihat dan berharap dia dapat ambil Spinraza sebelum dana untuk ubat Genetik Zolgensma berharga RM9 juta mencukupi," katanya.
Mohd Syafiq ditemui pada lawatan Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan yang menziarah keluarga itu di rumah mereka di Sungai Kantan, di sini, hari ini dan sebelum ini sudah menyalurkan sumbangan kepada bayi berkenaan.
Menurut Mohd Shafiq, dalam tempoh berbaki 17 bulan lagi sebelum usia Sufi Syafrina mencecah dua tahun, pekerja di ladang lembu itu mengakui tidur malamnya tidak lagi lena seperti sebelum ini mengenangkan anak kesayangannya itu.
Katanya, ini kerana Sufi Syafrina perlu mendapatkan ubat Genetik Zolgensma bagi rawatan penyakitnya yang mana ubat itu perlu diambil sebelum usianya mencecah dua tahun.
"Sebagai bapa saya berusaha tanpa henti untuk kesembuhan anak kami dengan pelbagai cara dan saluran saya usaha. Saya masih berkerja di ladang ternakan lembu dan dalam masa sama perlu menguruskan anak kerana dia kerap ke hospital.
"Kami sekeluarga masih mengharapkan bantuan rakyat negara ini termasuk syarikat dan badan korporat untuk membantu, malah sangat berterima kasih dengan semua sumbangan diberikan," katanya.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank Maybank atas namanya bernombor 562021680453.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Sufi Syafrina memerlukan bantuan rakyat negara ini untuk mendapatkan ubat Genetik Zolgensma bagi rawatan penyakitnya yang mana ubat itu perlu diambil sebelum usianya mencecah dua tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-usaha-tanpa-henti |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin byk pula penyakit yg perlukan ubat berjuta juta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|