CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1271|Reply: 0

[Melaka] Simpan barang kawalan, pasar raya didenda RM20,000

[Copy link]
Post time 9-8-2023 04:45 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Melaka: Sebuah pasar raya didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, tadi, kerana menyimpan barang kawalan berjadual iaitu gula pasir, minyak masak dan tepung gandum secara runcit tanpa lesen, Februari lalu.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu selepas pasar raya itu diwakili pengurusnya, Jason Lai, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki barang berjadual iaitu 32 unit gula pasir kasar 1 kilogram (kg); 59 unit tepung gandum (850 gram); 176 unit minyak masak (1kg); lima unit minyak masak (2kg) dan masing-masing empat unit minyak masak botol (5kg) serta minyak masak botol (5kg) dalam keadaan menimbulkan syak.

"Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak masak, gula dan tepung gandum secara runcit tanpa lesen di sebuah premisnya di Jalan BMU, Bandar Baru Merlimau Utara, Jasin, di sini, pada 4 Februari lalu, jam 11.43 pagi.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2 juta dan bagi kesalahan kedua serta berikutnya, hendaklah didenda tidak melebihi RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjalankan pemeriksaan berkala barangan keperluan asas dan penandaan harga barang ke atas penjual runcit sekitar Merlimau.

Hasil pemeriksaan di premis tertuduh, mendapati pemiliknya memiliki barang kawalan berjadual seperti dalam pertuduhan dan disita oleh pegawai serbuan untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aya-didenda-rm20000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056405 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list