CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1295|Reply: 0

[Selangor] Lelaki pertama bakal didakwa atas kesalahan menghendap

[Copy link]
Post time 9-8-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Petaling Jaya: Lelaki dipercayai melakukan gangguan seksual dalam talian terhadap jurugambar wanita pada 2018 bakal menjadi individu pertama yang akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan atas kesalahan menghendap.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi, hari ini, memaklumkan lelaki berusia 37 tahun itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam sama ada hari ini atau esok.

Pada 29 Mac lalu, Dewan Rakyat meluluskan pindaan Kanun Keseksaan menjadikan menghendap oleh penghendap (stalker) secara fizikal dan dalam talian sebagai satu jenayah.

Seksyen 507A baharu dimasukkan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk menjadikan perbuatan mengintai sebagai satu kesalahan dan mana-mana individu yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara maksimum sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan suspek terbabit sedang menerima rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung gangguan seksual dalam talian dihadapi jurugambar wanita pada 2018.

Menerusi satu hantaran di Instagram, baru-baru ini, mangsa berkongsi kisah bagaimana dirinya sering diganggu secara seksual oleh individu bernama 'Shafiq Rosli'.

Mangsa mendakwa kerap menerima mesej lucah dan video memaparkan suspek berkenaan berkelakuan jelik.

Susulan itu, sebuah media tempatan melaporkan, suspek berkenaan mula mengganggu mangsa sejak 2016 dengan meninggalkan komen di halaman blognya.

Suspek terbabit dikatakan mula menghendap mangsa sejak 2017 malah pernah mengekori mangsa ke sebuah restoran makanan segera dan ke rumah mangsa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esalahan-menghendap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053608 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list