CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1531|Reply: 0

[Perak] Bantu kesan Nur Faizatul Azwani

[Copy link]
Post time 9-8-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode

NUR Faizatul Azwani Kasim dilaporkan hilang dalam perjalanan pulang ke rumahnya sejak 1 Ogos lalu. FOTO Ihsan PDRM

Teluk Intan: Wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas turun di Stesen Bas Bandar Baru Teluk Intan pada 1 Ogos lalu.

Nur Faizatul Azwani Kasim, 31, dipercayai keluar dari rumah adiknya di Shah Alam, Selangor untuk pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Jejawi, di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suami wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sri Muda, Shah Alam pada 3 Ogos lalu selepas isteri gagal ditemui.

"Berdasarkan soal siasat dengan adik mangsa, pakaian terakhir dipakai wanita yang juga suri rumah itu adalah sepasang blouse berwarna ungu dan tudung berwarna hitam," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Nurhalim Shamsuri di talian 013-9685829 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6299222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nur-faizatul-azwani
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.044126 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list