CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2489|Reply: 0

[Perak] Durian Batu Kurau jadi pilihan penggemar ‘raja buah’ laris dijual

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode

PELANGGAN membeli durian yang dijual di atas kenderaan pacuan empat roda di halaman rumah penduduk di Kampung Matang Merbau, Bagan Serai - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS


BAGAN SERAI: Durian Batu Kurau yang terkenal dengan keenakan rasanya menjadi pilihan penggemar raja buah itu.

Malah peniaga dilihat tidak perlu membuka gerai di tepi jalan, cukup hanya berniaga di depan rumah, dalam tempoh yang singkat buah durian yang dijual habis dibeli pelanggan.

Itu yang dilakukan Mohd. Fadil Sanif, 39, dan isteri, Norhasniza Hassan, 35, di Kampung Matang Merbau di sini yang hanya menjual durian di depan rumah.

Belum pun sempat buah durian diturunkan dari kenderaan, pelanggan berebut memilih buah yang terbaik.

Norhasniza berkata, mereka baru sahaja menjalankan perniagaan buah durian yang dibeli di kebun di sekitar Batu Kurau.

Katanya, dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda, suaminya membeli durian di Baru Kurau pada sebelah petang dan biasanya tiba di rumah pada pukul 8 malam.

“Biasanya pelanggan sudah menunggu di halaman rumah sejak pukul 6.30 petang lagi, mereka datang awal untuk membeli buah yang elok, juga bimbang jika buah durian habis terjual,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami berniaga di halaman rumah untuk memudahkan mereka menjaga anak terutama anak ketiga yang baru berusia lapan bulan dan menjaga ibu yang uzur.

Katanya, dia tidak menyangka perniagaannya itu mendapat sambutan daripada penduduk di sekitar kawasan kampungnya.

“Buah yang dibawa balik kira-kira lebih setengah tan dan terjual habis dalam dua jam dengan harga RM45 bagi 10 kilogram.

“Kami turut mempromosikan jualan di halaman rumah dalam media sosial,” katanya.

Mohd. Fadil berkata, dia bersyu­kur kerana perniagannya mendapat sambutan luar jangka.

“Ini merupakan fasa kedua tahun ini kami menjual buah durian di hadapan rumah.

“Saya memang tak sangka sambutan pelanggan amat menggalakkan kerana kedudukan rumah kami terletak di dalam kampung dan berjarak lebih dari satu kilometer dari jalan utama,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -buah-laris-dijual/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.049935 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list