CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2209|Reply: 0

[Selangor] Mahkamah: Lelaki ganggu wanita dalam media sosial tiba di mahkamah bagi pendakwaan

[Copy link]
Post time 10-8-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki berusia 37 tahun yang didakwa menganggu jurugambar wanita selama lapan tahun tiba di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang lelaki berusia 37 tahun yang didakwa mengganggu jurugambar wanita selama lapan tahun tiba di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Lelaki yang berusia 37 tahun itu tiba di mahkamah dengan diiringi anggota polis dan dijangka akan didakwa kira-kira pukul 11 pagi.

Hari ini pendakwaan terhadapnya akan dibuat dibawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang mana menjadi individu pertama bakal dituduh dibawah seksyen itu.

Di bawah Seksyen 507A baharu, sesiapa yang berulang kali melakukan sebarang tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan atau mengetahui bahawa berkemungkinan menyebabkan kesusahan, ketakutan atau kecemasan kepada seseorang mengenai keselamatannya, boleh disabitkan melakukan kesalahan menghendap.

Mana-mana individu yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara maksimum sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, lelaki yang didakwa mengganggu jurugambar wanita seperti yang tular sebelum ini ditahan di wad di bawah Jabatan Neurologi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan mendapati, lelaki warga tempatan berusia 37 tahun yang menetap di Shah Alam itu sering menggunakan akaun Instagram dan Twitter untuk berhubung dengan mangsa.

Dia turut memberikan komen-komen cinta dan menghantar pesanan berbentuk lucah sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada mangsa. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... ah-bagi-pendakwaan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050557 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list