CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2590|Reply: 0

[Perak] Demam denggi di Perak meningkat 200 peratus, satu kematian

[Copy link]
Post time 12-8-2023 01:53 PM | Show all posts |Read mode

Petugas Unit Kawalan Vektor, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan melakukan 'fogging' sebagai langkah pencegahan denggi. FOTO NSTP

Kampar: Perak merekodkan peningkatan jumlah kumulatif kes demam denggi iaitu 2,005 kes sejak awal tahun ini berbanding 646 kes dalam tempoh sama tahun lalu, iaitu sebanyak 1,409 kes atau 218.1 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri A. Sivanesan berkata keadaan itu adalah membimbangkan malah terdapat satu kematian denggi membabitkan seorang wanita dilaporkan di Kuala Kangsar pada Jun lalu.

"Pesakit yang bergejala harus mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat.

"Tindakan untuk mendapatkan rawatan awal adalah penting bagi mengelakkan berlakunya komplikasi dan juga kematian dalam kalangan mereka yang menghidap demam denggi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Denggi ASEAN Peringkat Negeri Perak bertemakan 'Ke Arah Sifar Kematian Denggi' dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat, Peringkat Daerah Kampar 2023 di sini hari ini.

Katanya kes demam denggi juga sering meningkat ketika musim perayaan atau pilihan raya di mana ramai individu yang bergerak untuk pulang ke kampung dan sebagainya.

Justeru, beliau berkata semua pihak diminta memikul tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan persekitaran sebagai langkah pencegahan demam denggi.

Menurutnya sehingga Julai lepas, sebanyak 237 pasukan sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) telah ditubuhkan di seluruh negeri ini dengan jumlah sukarelawan seramai 2,300 orang sebagai agen kesihatan dalam komuniti bagi mengubah tingkah laku masyarakat setempat ke arah gaya hidup yang lebih sihat.

"Program COMBI di daerah Kampar ini adalah yang paling aktif dengan lapan cawangan dan diharapkan dapat ditingkatkan di tempat-tempat lain. Setiap cawangan akan diberikan peruntukan RM3,000 bagi aktiviti yang dijalankan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ratus-satu-kematian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list