View: 1272|Reply: 0
|
[Melaka]
Tekong bot terbalik selepas cuba larikan diri ditemukan maut
[Copy link]
|
|
Anggota Maritim Malaysia membawa mayat lelaki disyaki tekong warga Indonesia ke jeti sebelum diserahkan kepada polis. Foto Ihsan Maritim Malaysia.
Alor Gajah: Mayat lelaki dipercayai tekong bot terbalik dalam insiden Rabu lalu ditemui terapung di perairan Tanjung Tuan, Kuala Linggi, dekat sini, jam 7.30 pagi tadi.
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat daripada nelayan tempatan mengenai penemuan mayat tanpa pengenalan diri itu terapung di kedudukan 0.5 batu nautika selatan Tanjung Tuan, Negeri Sembilan.
Menurutnya, bertindak atas maklumat, bot Benteng 04 yang sedang melaksanakan Op Carilamat digerakkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang lelaki dewasa yang terapung lengkap berpakaian.
"Pengecaman mayat dibuat oleh rakan mangsa yang selamat iaitu berdasarkan jam tangan dan pakaian terakhir yang dipakainya, mangsa ialah Kaharudin Kolah atau Pak Lang berusia 62 tahun.
"Terdahulu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru mengaktifkan operasi Carilamat di perairan Kuala Sungai Baru, Melaka bagi mengesan tekong warga Indonesia yang hilang.
"Ia selepas bot yang dipandu mangsa secara agresif terbalik akibat pelanggaran dengan bot Maritim ketika cuba melarikan diri daripada diperiksa pada awal pagi Rabu lalu," katanya dalam kenyataan malam ini.
Menurut Iskandar, mayat dibawa ke jeti Maritim untuk diserahkan kepada pihak Polis seterusnya dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.
Katanya, susulan penemuan mayat itu Op Carilamat ditamatkan pada jam 7 malam dan pihaknya berterima kasih kepada Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan komuniti nelayan atas maklumat dan kerjasama sepanjang tempoh pencarian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... diri-ditemukan-maut |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|