CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1183|Reply: 0

[Terengganu] 'Tak boleh claim, tak cukup kuota'

[Copy link]
Post time 21-8-2023 11:38 AM | Show all posts |Read mode

JETI Nelayan Sampan Kampung Nail, Jertih yang menempatkan bot milik nelayan. FOTO NAZDY HARUN

Jertih: Sudahlah pulang bawa 'tangan kosong', elaun sara hidup dan diesel subsidi juga tidak diperoleh menyebabkan golongan nelayan pantai khas terutama di Kampung Nail di sini, ibarat kais pagi makan kais petang makan petang.

Pengerusi MyKomuniti Perikanan Sampan Kampung Nail, Mohd Nor Zaidi Mustafa, 42, berkata, bagi melayakkan nelayan memperoleh elaun sara diri dan diesel bersubsidi mereka perlu menyerahkan bil penjualan hasil kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) setiap hari.

Bagaimanapun, katanya, kebelakangan ini hasil tangkapan agak berkurangan menyebabkan mereka tidak dapat menjualnya.

"Kalau pergi ke laut pun hasil tidak seberapa atau pulang tangan kosong, macam mana kami nak buat bil jualan.

"Jadi, agak sukar untuk kami melengkapkan kuota bilangan 120 bil pada hari bekerja setiap tahun bagi melayakkan kami memperoleh diesel subsidi," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Selain kekangan berkenaan, Mohd Nor Zaidi berkata, mereka berdepan kenaikan harga barangan untuk kegunaan kerja di laut termasuk harga pukat yang naik mendadak.

"Awal tahun lalu, harga seutas pukat antara RM70 hingga RM80, namun kini mencecah RM120 dan biasanya kami guna 10 utas pada satu-satu masa.

"Keadaan itu yang agak membebankan kami, pernah juga saya memecahkan tabung untuk membeli diesel bagi membolehkan saya ke laut.



"Bagi nelayan yang tidak tahan dengan situasi ini, mereka sudah meninggalkan kerja sebagai nelayan pantai dan beralih melakukan kerja lain," katanya.

Nor Zaidi berkata, sekiranya alat-alat untuk ke laut seperti pukat, bubu dan sebagainya dapat dikawal ia dapat meringankan beban mereka.

Seorang nelayan, Wan Jusuh Ayob, 61, berkata, dia tidak memperoleh elaun sara hidup dan subsidi diesel seperti digembar-gemburkan.

"Nak tak nak, saya kena hadap kerana faktor usia seperti saya sudah tidak sesuai melakukan kerja lain.

"Kalau pergi ke laut, dapat hasil satu dua ikan dan adakalanya pulang tangan kosong, macam mana hendak buat bil jualan.

"Namun, dapat hasil atau tidak saya terpaksa juga ke laut, tetapi apabila bil jualan tidak diserahkan kepada pihak berkuasa, kami tidak dapat diesel subsidi," katanya.

Katanya, dia menggunakan diesel berjumlah RM40 setiap hari untuk pergi dan balik dari laut dan sekiranya tiada tangkapan atau hasilnya sedikit dia terpaksa mencari wang tambahan lain untuk membeli minyak keesokan harinya.

Menurutnya, dia berharap ada resolusi lain yang dapat membela nasib mereka kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil tangkapan nelayan di kawasan ini semakin berkurangan.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... aim-tak-cukup-kuota

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.518128 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list