CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 0

[Terengganu] Terengganu guna logo, tema sama dengan kerajaan pusat

[Copy link]
Post time 21-8-2023 01:30 PM | Show all posts |Read mode

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Kuala Terengganu: Terengganu akan menggunakan logo dan tema yang sama dengan kerajaan Pusat bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk menggunakan logo dan tema "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" seperti yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menggunakan tema dan logo alternatif yang dicadangkan oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN).

"Bagi kami di Terengganu akan guna logo yang sama dengan kerajaan Pusat namun, sambutan Hari Kebangsaan diputuskan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dan bukannya kerajaan Pusat di Putrajaya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari mengumumkan empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin akan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngan-kerajaan-pusat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059925 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list