CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2081|Reply: 0

[Terengganu] Pengusaha batik asli di Terengganu sedia tawar harga ‘mesra poket’

[Copy link]
Post time 24-8-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode

NOR Azizah Kassim bersama sebahagian koleksi batik asli yang dijual di premisnya di Kuala Terengganu. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN




KUALA TERENGGANU: Pengusaha batik asli di Terengganu sedia membuat inovasi baharu untuk menyediakan pelbagai koleksi dan rekaan yang lebih segar mengikut trend semasa dengan harga berpatutan serta mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Mereka sedia melakukan pembaharuan itu susulan langkah kerajaan mewajibkan pegawai perkhidmatan awam memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis dan menggalakkan pemakaiannya pada hari bekerja lain.

Pengarah Urusan Seem Noor Batek, Wan Noordiran Wan Long berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada 50 ahli Persatuan Pengusaha Batik Negeri Terengganu dan berkongsi idea untuk menyahut seruan kerajaan.

Katanya, pengumuman itu menyuntik semangat baharu buat semua pengusaha batik di Terengganu yang masih terkesan dengan kesuraman ekonomi akibat pandemik Covid-19 lalu.

“Kami di Seem Noor Batek juga akan memperkenal koleksi baharu dengan harga mampu milik sekitar RM60 untuk kemeja lelaki berbanding RM90 yang ada ketika ini.

“Sudah pasti, rekaannya mengekalkan kualiti batik asli Terengganu namun kita akan lakukan beberapa pengubahsuaian untuk memastikan harganya lebih murah dan selesa dipakai sepanjang hari oleh penjawat awam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed menerusi surat edaran bertarikh 21 Ogos lalu mewajibkan semua pegawai perkhidmatan awam memakai pakaian batik Malaysia pada setiap hari Khamis, manakala pemakaian batik pada hari bekerja lain juga digalakkan.

Surat edaran itu yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam, turut diedarkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

Seorang lagi pengusaha, Nor Azizah Kassim berkata, langkah kerajaan itu satu berita baik buat pemain industri batik Malaysia kerana berpeluang meluaskan lagi empayar perniagaan dengan sasaran utama adalah golongan penjawat awam.

“Material kapas yang digunakan dalam penghasilan batik asli Terengganu sangat sesuai dengan cuaca panas dan lembap di Malaysia, malah banyak rekaan kontemporari yang lebih moden kini diperkenal pengusaha batik.

“Alhamdulillah, ini adalah satu cabaran juga untuk kami menghasilkan lebih banyak fesyen yang mengikut citarasa rakyat Malaysia dan yang paling penting harganya mestilah ‘mesra poket’ pelanggan terutama penjawat awam,” katanya yang aktif memasarkan produk dari Gee Batik Collections dengan menyertai pelbagai karnival jualan di seluruh Malaysia.

Dia berharap penjawat awam dapat mengutamakan pembelian batik asli yang masih dibuat secara buatan tangan untuk mengekalkan kualitinya sekali gus memperkasa semula kegemilangan industri itu.

“Antara ciri batik asli ialah menggunakan lilin, tanah liat, menggunakan blok dan teknik ikat celup. Banyak lagi penghasilan batik asli menggunakan teknik lain cuma elakkan batik yang dicetak mesin kerana itu adalah batik tiruan yang hanya akan merosakkan imej batik asli,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... -harga-mesra-poket/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.116792 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list