CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2656|Reply: 0

[Kelantan] Berzikir sambil menari bukan amalan di Kelantan

[Copy link]
Post time 24-8-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode

Rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir dalam keadaan mencurigakan di Makan Tok Kenali. FOTO IHSAN pembaca

Kota Bharu: Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan video tular membabitkan sekumpulan lelaki sedang berzikir beramai-ramai seolah-olah menari di makam Tok Kenali, di sini, bukan amalan umat Islam di negeri itu.

Mohamad Shukri berkata, apa yang dipaparkan di dalam video itu adalah perbuatan di luar kebiasaan dan agensi berkaitan seperti pihak berkuasa agama negeri perlu menjalankan siasatan secara terperinci.

Menurutnya, jika ia membabitkan orang luar mungkin isu berkenaan tidak akan berterusan, tetapi sekiranya kumpulan berkenaan ada kaitan dengan penduduk tempatan sewajarnya ia disekat supaya tidak berleluasa.

"Berzikir sambil menari sudah jelas bukan amalan kita dalam negara ini, begitu juga di Kelantan. Jadi ia sememangnya menimbulkan syak wasangka kepada sesiapa yang melihatnya.

"Biasanya, hukum boleh dilihat melalui beberapa aspek kerana kadang-kadang perkara (sebegini) boleh sahaja dicegah supaya tidak akan jadi berlebih-lebihan.

"Sekiranya ada pandangan menyatakan harus berzikir dengan menggerakkan badan, namun dalam masa sama kita boleh ambil pegangan iaitu 'menjaga lebih baik daripada berubat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohamad Shukri berkata, sekatan atau pencegahan awal perlu dilakukan agar tidak merebak kerana apa yang berlaku sudah menampilkan sesuatu amalan yang luar daripada kebiasaan.

"Umum mengetahui, zaman sekarang apa sahaja mudah untuk diviralkan, oleh itu video sebegini tidak seharusnya tersebar memandangkan terdapat kumpulan masyarakat yang mudah terpengaruh.

"Semoga isu ini dapat dapat disiasat dengan segera untuk mengelak berlaku salah faham selain bagi mengesan awal jika terdapat kumpulan yang membuat amalan luar daripada ajaran Islam," katanya.

Semalam, media melaporkan cicit kepada Tok Kenali menegaskan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir beramai-ramai dengan kaedah luar daripada kebiasaan bukan ajaran ulama terkenal itu.

Muhammad Hafiz Hukmi Wardi dipetik berkata, perkara terbabit juga tidak mempunyai kaitan dengan Pondok Tok Kenali termasuk kerajaan negeri Kelantan.

Bagaimanapun, katanya, van yang dipercayai membawa kumpulan berkenaan menunjukkan nombor pendaftaran daripada negara jiran, Thailand.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -amalan-di-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.227636 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list