CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2273|Reply: 0

[Kelantan] Kayu disimpan sejak 13 tahun kini jadi rumah idaman

[Copy link]
Post time 30-8-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode

Nazmie berdiri dihadapan rumahnya. FOTO BERNAMA

Bachok: Pernah digelar 'gila' oleh penduduk kampung kerana sering mengumpul kayu-kayu terbuang, Mohd Nazmie Che Mohd Ashari boleh tersenyum lebar apabila 'bahan terbuang' itu kini sudah bertukar menjadi sebahagian daripada rumah idaman.

Mohd Nazmie, 37, berkata, minat mengumpul kayu bermula kira-kira 13 tahun lepas sewaktu mula berkhidmat sebagai guru.

"Masa mula-mula kerja dahulu saya beli chainsaw dan letakkan dalam kereta. Apabila pulang dari mengajar saya akan pergi ke kawasan orang tebang pokok atau orang cuci kawasan, mana-mana kayu yang mereka tidak mahu dan tinggalkan yang kebanyakannya adalah kayu tembusu, saya minta izin ambil dan bawa pulang.

"Pada waktu ini ada penduduk kampung yang gelar saya cikgu gila kerana ambil kayu-kayu terbuang bawa balik ke rumah," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Pantai Senok di sini, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus di Bachok itu berkata, kayu-kayu yang dikumpulnya itu dijadikan pelbagai barangan seperti kerusi, meja dan permainan kanak-kanak.

"Apabila saya serta isteri mengambil keputusan untuk membina rumah di lokasi ini sekitar tahun 2021, kayu-kayu yang masih ada dalam simpanan digunakan sebagai tambahan kepada kayu-kayu yang dibeli," katanya.

Mohd Nazmie berkata, selain kayu tembusu, rumah dengan konsep tradisional Melayu seluas 1,800 kaki persegi itu turut menggunakan kayu cengal, mersawa, merawan dan akasia.



Nazmie melakukan kerja-kerja memotong kayu. FOTO BERNAMA

"Memang dah niat saya dan isteri nak buat rumah dengan konsep tradisional Melayu yang dibina tinggi. Jadi kami setuju 70 peratus rumah ini dibina menggunakan kayu, manakala baki 30 peratus daripada batu," kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

'Kegilaan' Mohd Nazmie tidak hanya kepada mengumpul kayu, biarpun tanpa tidak memiliki sebarang pengalaman atau kemahiran bertukang atau membina rumah, beliau turut bertindak mereka bentuk rumah yang masih dalam proses pembinaan itu.

"Saya cuma tengok daripada buku, majalah dan YouTube. Ketika ini ada dua orang tukang membina rumah ini, selain bertindak mereka bentuk, saya turut membantu dari segi membuat kabinet, pintu, finishing bilik air dan piping.

"Ketika ini rumah ini sudah 80 peratus siap, kerja-kerja pembinaan sedikit tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 lalu," katanya.

Tanpa sebarang ilmu khusus, Mohd Nazmie mengakui puas dapat membina kediaman keluarganya itu biarpun pernah digelar gila, malah hobi itu turut menyaksikan beliau kini memiliki bengkel pertukangan kayu di kediaman ibunya di Bukit Marak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-jadi-rumah-idaman

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.070003 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list