CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4790|Reply: 0

[Kelantan] Padah jual gula bersyarat

[Copy link]
Post time 30-8-2023 05:47 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kota Bharu: Pengusaha kedai runcit di sini dikesan mengenakan syarat pembelian gula putih premium sebanyak satu kilogram (kg) jika ingin mendapatkan dua kg gula pasir kononnya atas arahan kerajaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Azman Ismail berkata, serbuan di premis di Pengkalan Chepa itu dibuat kelmarin susulan aduan orang awam.

"Siasatan segera dijalankan melalui Op Khas atas dakwaan itu. Pasukan KPDN membuat penyamaran sebagai pengguna dengan membeli barang kawalan terbabit untuk mengesahkan berlakunya pembelian bersyarat yang dilaporkan.

"Terdapat sekeping kertas di premis itu menyatakan bahawa pembelian bersyarat itu kononnya dibuat atas arahan kerajaan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Azman berkata, tiga kesalahan dikesan terhadap peruncit berusia 30-an terbabit iaitu menjual barang kawalan melebihi harga ditetapkan, gagal mempamer tanda harga dan menjual gula dengan mengenakan syarat tidak sah.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan siasatan juga dijalankan bagi mengenal pasti jika ada pihak lain yang terbabit dalam penjualan bersyarat itu.

"Sitaan dibuat membabitkan 48kg gula pasir serta dokumentasi berkaitan untuk siasatan lanjut," katanya.


Azman Ismail ketika sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jual-gula-bersyarat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.243178 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list