CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 0

[Pahang] Pengalaman menaiki helikopter ke hospital untuk bersalin sukar dilupakan

[Copy link]
Post time 2-9-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode

KAMILIA Irdina Husna menaiki helikopter untuk ke hospital ketika berhadapan saat getir bersalin. FOTO Ihsan APMM

Rompin: Pengalaman melahirkan anak sulung menjadi detik terindah kepada wanita ini kerana bukan saja bergelar ibu buat kali pertama malah turut berpeluang menaiki helikopter untuk ke hospital ketika berhadapan saat getir melahirkan bayi.

Kamilia Irdina Husna Zambri, 21, yang tinggal di Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dengan helikopter melalui penerbangan ihsan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada 2.30 petang, 25 April lalu.

Mengimbas kenangan melahirkan itu, Kamilia Irdina Husna berkata, dia diberi bantuan penerbangan ihsan untuk melahirkan cahaya mata sulung Muhammad Uzair Al-Malique Muhammad Imanzulhakim yang kini berusia empat bulan.

Suri rumah itu berkata, ia kerana dia dikategorikan sebagai ibu berisiko tinggi dan perlu melahirkan anak di hospital kerana bimbang berlaku sebarang komplikasi.

Katanya yang sudah 10 tahun menetap di Pulau Tioman bersama keluarga, wanita yang tidak mempunyai masalah pada diri dan kandungannya biasanya boleh melahirkan anak di klinik kesihatan di kampung berkenaan.

"Pada pagi hari kejadian saya dan suami pergi ke Klinik Kesihatan Tekek untuk pemeriksaan rutin ketika kandungan berusia 39 minggu sebelum jururawat beritahu perut sudah mengeras dan tiba masa untuk bersalin.

"Disebabkan saya ibu berisiko tinggi dan tak boleh bersalin di Klinik Kesihatan Tekek, doktor ambil keputusan mendapatkan bantuan helikopter APMM dari Subang, Selangor," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


PENGALAMAN melahirkan anak sulung menjadi detik terindah kepada Kamilia Irdina Husna.

Katanya, peristiwa itu menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup kerana perasaannya ketika itu bercampur baur kerana ia pengalaman pertama melahirkan anak dan menaiki helikopter.

"Ketika itu saya ditemani suami bersama doktor dan jururawat yang menjadi satu pengalaman tidak akan saya lupakan seumur hidup, malah ketika itu suasana Aidilfitri masih dirasai.

"Walaupun dalam keadaan menahan sakit kontraksi dan tidak selesa kerana air ketuban sudah pecah saya tetap berasa gayat serta takut menaiki helikopter kerana ini pengalaman pertama saya," katanya.

Berhubung perkongsian videonya di dalam helikopter untuk ke hospital yang mendapat perhatian di TikTok, Kamilia Irdina Husna berkata, dia hanya mahu menyimpan kenangan dan ia akan ditunjukkan kepada anaknya ketika sudah besar nanti.

"Alhamdulillah, saya tiba di hospital dengan selamat dan sangat berterima kasih kepada APMM dan pasukan perubatan kerana membantu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lin-sukar-dilupakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039337 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list