View: 2960|Reply: 5
|
6 Anak Terengganu dapat habuan lumayan
[Copy link]
|
|
Durian runtuh buat wira Terengganu
PARA pemain skuad bola sepak negara dijanjikan hadiah lumayan selepas memenangi Piala Suzuki AFF 2010, Rabu lalu.
ENAM anak Terengganu yang membantu skuad kebangsaan menjuarai PialaSuzuki AFF 2010 baru-baru ini bakal memperoleh habuan lumayan daripadakerajaan negeri.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkanperkara itu berkata, setiap daripada pemain itu akan menerima hadiahberupa sebidang tanah selain wang tunai sebanyak RM5,000.
Menurutnya, pemberian itu merupakan tanda penghargaan daripadakerajaan negeri di atas kesungguhan anak-anak kelahiran Terengganu yangberjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Katanya, pemain-pemain yang akan menerima hadiah tersebut ialahMohd. Ashari Shamsuddin dan Mohd. Sharbinee Alawee yang kini mewakiliskuad Terengganu serta Norshahrul Idlan Talaha dari skuad Kelantan.
Tiga lagi pemain lain ialah dari skuad Harimau Muda A iaitu Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Faizal Muhammad dan Izzaq Faris Ramlan.
“Saya cukup terharu dan bangga dengan kejayaan kita menjuarai PialaSuzuki selepas menanti selama 14 tahun. Kita masih mampu menjaringkangol sekali pun beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia dan iaadalah satu kejayaan penuh bersejarah.
“Apa yang pasti, kejayaan ini turut melibatkan enam anak Terengganudan kita (kerajaan negeri) telah bersetuju untuk memberi hadiah berupasebidang tanah untuk tapak rumah dan wang tunai sebanyak RM5,000 kepadamereka,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurut Ahmad lagi, pemberian sebidang tanah itu akan ditentukanmengikut daerah masing-masing dan majlis penyerahannya akan dilakukandalam masa terdekat.
“Kalau pemain itu berasal dari Kuala Terengganu, maka kita akancarikan sebidang tanah di Kuala Terengganu. Begitu juga kalau diaberasal dari Dungun ataupun dari daerah-daerah lain.
“Kita lakukan semua ini kerana mahu menghargai jasa mereka padaketika Terengganu kini merupakan antara kuasa utama sukan di Malaysia,”jelasnya lagi.
Rabu lalu, skuad kebangsaan yang dikemudi jurulatih K. Rajagobalmengakhiri kemarau 14 tahun dengan menjuarai juara Piala Suzuki 2010selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir dengan agregat 4-2.
p/s : untung diaorang nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah buat anak2 terengganu
harap ada yang dapat ke peringkat dunia macam azizul |
|
|
|
|
|
|
|
6 orang tu,boh.bukan skit sumbangan dr anok terengganu kpd negara.. |
|
|
|
|
|
|
|
idlan talaha org ganu rupanya, ingat org kelate |
|
|
|
|
|
|
|
6 pemain dianugerah tanah, wang RM5,000
2011/01/03
KUALA TERENGGANU: Habuan wang tunai RM5,000 dan sebidang tanah tapak rumah yang bakal diterima enam pemain bola kelahiran Terengganu yang mewakili skuad Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF Rabu lalu, adalah kejutan tahun baru paling menggembirakan buat mereka.
Justeru, hadiah itu menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus menunjukkan prestasi cemerlang dalam menaikkan nama baik negeri dan negara pada masa depan.
Mohd Muslim Ahmad antara pemain yang bakal menerima habuan itu, berkata beliau tidak menjangka menerima hadiah itu, malah hanya mengetahui perkara itu melalui akhbar yang dibacanya semalam.
“Semalam (kelmarin), kawan saya memberitahu hal ini tetapi saya tidak percaya dan terus membaca akhbar hari ini (semalam) untuk mengesahkannya dan mendapati khabar itu ternyata benar.
“Tidak dinafikan berita ini amat mengejutkan dan menggembirakan saya kerana mendapat ganjaran sebesar ini daripada kerajaan negeri, tambahan pula kami tidak berharap atau dijanjikan apa-apa sebelum ini,” katanya yang kini bersama Pasukan Harimau Muda A.
Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, mengumumkan enam pemain bola sepak kelahiran Terengganu yang mewakili skuad Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF menerima durian runtuh wang tunai RM5,000 dan sebidang tanah untuk tapak rumah.
Mereka yang bakal menerima habuan itu ialah Mohamad Ashari Samsuddin dan Mohd Sarbinee Allawee Ramli; Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan) dan tiga pemain Harimau Muda A, Mohd Muslim Ahmad, Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Faizal Muhammad.
Bagi Norshahrul pula, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi habuan itu kepadanya walaupun tidak berbakti kepada pasukan bola sepak Terengganu.
“Habuan ini akan memberi nafas baru menjelang Liga Malaysia akhir bulan ini dan saya berjanji akan sentiasa meningkatkan mutu permainan supaya tidak mengecewakan penyokong.
"Saya juga berharap dapat beraksi dengan pasukan negeri kelahiran jika diberi peluang pada masa depan,” kata pemain Kelantan itu yang berasal dari Besut, Terengganu.
Sementara itu, Mohamad Ashari berkata, hadiah yang diberikan itu memberi suntikan semangat untuk terus maju dalam kerjayanya.
“Hadiah ini memberi suntikan semangat untuk saya terus mempamerkan kecemerlangan dalam arena bola sepak,” katanya ketika dihubungi, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ambok at 5-1-2011 06:34
Habuan Khairul
POPULARITI penjaga gol nombor satu skuad kebangsaan, Khairul FahmiChe Mat yang naik mendadak selepas menjuarai Piala AFF tidak akanmengganggu tumpuannya untuk terus mempamerkan prestasi cemerlang.
Walaupun baru pertama kali mewakili negara, dia tidak menyangkaakan mencapai kejayaan dan populariti singkat seperti sekarang.
“Selepas berjaya membawa pulang Piala AFF, saya akui situasi yangterpaksa dilalui sekarang begitu berbeza berbanding sebelum sayamewakili negara.
“Walaupun mula dikenali ramai, ia tidak akan menganggu fokus sayahadapi Piala Malaysia musim ini,” katanya ketika ditemui pada MajlisSambutan Kepulangan Wira Negara di Kota Bharu, semalam.
Padamajlis itu, kepulangan Khairul Fahmi disambut kira-kira 300 peminatselain mengambil peluang bergambar bersama penjaga gol nombor satunegara itu.
Pada majlis itu juga, Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan ganjaran sebuah rumahkepadanya sebagai penghargaan di atas jasa kepada negara.
Bekas pelajar Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) dan Sekolah SukanBukit Jalil (SSBJ) ini berkata, fokusnya kini hanya untuk melonjakkantahap persembahannya.
Mengenai ganjaran berkenaan, dia meluahkan rasa gembiranya dan berterima kasih atas kurniaan itu.
p/s : perrrgh...siap dapat rumah tu...umah skrg ni harga beratus ribu ler.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|