View: 1371|Reply: 0
|
[Kelantan]
Setiap kali makan umpama tertelan kaca, terasa ada gumpalan rambut di kerongkong
[Copy link]
|
|
ROSLINA bersama tiga anaknya ketika ditemui di Taman Seri Selising. FOTO Hazira Ahmad Zaidi
Machang: Ibu tunggal bukan saja menderita penyakit misteri malah buntu mengenangkan nasib tiga anaknya yang tidak bersekolah disebabkan kemiskinan.
Roslina Mohamad, 42, berkata, dia sukar menguruskan keluarga sejak lebih setahun lalu disebabkan penyakit misteri yang dialaminya selain ditinggalkan suami.
Katanya, sebelum ini, kehidupan mereka sekeluarga normal namun selepas menghidap penyakit misteri dan ditinggalkan suami, dia seakan-akan hilang tempat bergantung.
"Penyakit misteri saya alami sangat pelik, bila saya makan saya rasa pedih seperti tertelan kaca, ada kalanya terasa ada gumpalan rambut di kerongkong. Disebabkan itu badan berat badan saya semakin susut.
"Saya kini bergantung sepenuhnya kepada ibu, Kamariah Daud, 70, untuk menguruskan keperluan pada setiap hari termasuk memimpin saya ke tandas disebabkan keadaan diri yang lemah serta sukar untuk berjalan.
"Sebelum ini ketika sihat saya bekerja untuk mencari pendapatan dan menyara keluarga, bagaimanapun dengan keadaan saya sekarang menyebabkan kami hilang punca pendapatan dan bergantung harap kepada ihsan jiran yang prihatin ke atas nasib kami sekeluarga.
"Disebabkan kemiskinan, dua anak saya, iaitu Mhammad Ammar Rizqi Abdul Aziz, 9, dan Muhammad Amzar Rafiqy, 8, yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang 1 jarang ke sekolah, manakala anak bongsu Muhammad Amzamir Rayqal, 6, belum bersekolah," katanya ketika ditemui di Taman Seri Selising.
Terdahulu badan bukan kerajaan (NGO) Cempaka Merah Asnaf Society yang diwakili Pengerusinya, Che Norhayati Mohamed hadir menziarahi keluarga itu dan turut menyampaikan sumbangan wang tunai untuk meringankan beban.
Roslina berkata, dia belum menerima sebarang bantuan manakala sewa rumah yang didiaminya sekeluarga dibiayai oleh jiran yang prihatin.
"Saya terpaksa menebalkan muka meminjam wang daripada jiran untuk membeli lampin pakai buang dan ada ketikanya meminta lauk pauk bagi kami sekeluarga mengalas perut.
"Saya tidak tahu di mana lagi ingin bergantung harap dan ketika ini nasib baiklah ada jiran yang sudi membantu," katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Rakyat bernombor 22-024-169661-1 atas nama Roslina Mohamad atau boleh menghubunginya di talian 01121236516.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -gumpalan-rambut-di |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|