View: 2136|Reply: 0
|
[Kelantan]
Suspek tumbuk penjawat awam hingga mati direman seminggu
[Copy link]
|
|
SUSPEK yang memakai baju lokap dibawa oleh polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Tanah Merah, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
TANAH MERAH: Seorang lelaki ditahan reman selama seminggu bermula hari ini selepas disyaki menyebabkan kematian penjawat awam dalam pergaduhan di sebuah kedai makan di Jalan Lama Pasir Putih-Machang hadapan Hospital Machang dekat sini semalam.
Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Amal Razim Alias bagi membolehkan siasatan terhadap suspek berusia 46 itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu suspek yang memakai pelitup muka dan baju lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9 pagi dengan kenderaan polis.
Utusan Online semalam melaporkan, suspek yang bertumbuk sehingga menyebabkan kematian seorang penjawat awam yang mempunyai hubungan sulit dengan isterinya dicekup ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Machang di sini hari ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 46 tahun itu hadir ke IPD Machang untuk buat laporan polis sebelum ditahan bagi siasatan lanjut.
Menurutnya, siasatan mendapati, kejadian berlaku di sebuah kedai makan Jalan Lama Pasir Putih-Machang depan Hospital Machang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi tadi selepas suspek mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi semalam, suspek bertumbuk dengan penjawat awam berusia 51 tahun menyebabkan pendarahan serius pada bahagian muka, parah pada kedua-dua belah mata dan patah tulang rusuk sebelah kiri.
Mangsa kemudian meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Machang.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... i-direman-seminggu/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|