CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1526|Reply: 0

[Terengganu] 2,400 papan telur ayam habis dijual dalam tempoh tiga jam

[Copy link]
Post time 4-9-2023 03:29 PM | Show all posts |Read mode

Tinjauan bekalan telur di syarikat pemborong di Cabang Tiga, Kuala Terengganu menunjukkan telur habis dijual. NSTP/Faizul Azlan Razak

KUALA TERENGGANU: Kekurangan telur ayam kembali berlaku di daerah ini apabila bekalan yang diperoleh pemborong habis dijual dalam tempoh tiga jam sahaja.

Tinjauan di syarikat pemborong telur di Cabang Tiga, di sini mendapati hanya telur ayam kampung sahaja yang ada.

Pengurus syarikat pemborong, Nursyzanil Adha Ramli, berkata pihaknya ada menerima 2,400 papan sahaja pagi tadi dan habis dijual pada jam 11.15 pagi.

Katanya, Jumaat lalu hari terakhir menerima bekalan dengan kuantiti sama dan ia juga tidak bertahan lama apabila diserbu orang ramai yang sudah beratur sebelum kedai dibuka.


"Berbanding sebelum ini, kita menerima bekalan telur ayam 5,000 papan, namun sekarang hanya diberi 2,400 papan sahaja.

"Saya tidak tahu dan tidak berani berjanji bila bekalan baharu akan diperoleh. Saya sudah membuat tempahan dan hanya menunggu bekalan sampai," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Nursyzanil berkata, pihaknya terpaksa mengehadkan jualan tiga papan seorang bagi membolehkan semua yang beratur memperoleh telur ayam.

Katanya, masalah kekurangan telur ayam berlaku seminggu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini dan berlarutan hingga sekarang.
https://www.bharian.com.my/berit ... lam-tempoh-tiga-jam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.451987 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list