View: 1302|Reply: 0
|
[Terengganu]
Himpunan RXZ 5.0 di Gong Badak: Lebih 100 motosikal ditahan
[Copy link]
|
|
Sebahagian motosikal ditahan melalui operasi bersepadu susulan Himpunan RXZ 5.0 di Terengganu. - NSTP/ ZAID SALIM
KUALA NERUS: Lebih 100 motosikal membabitkan peserta Himpunan Yamaha RXZ 5.0 di Gong Badak dekat sini, ditahan atas pelbagai kesalahan trafik hasil operasi bersepadu dijalankan.
Antara kesalahan dikesan termasuk tidak memiliki lesen memandu, pelbagai kesalahan membabitkan ubah suai kenderaan serta motosikal tidak dipasang brek.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, semua motosikal berkenaan ditahan menerusi sekatan jalan raya dan rondaan dilakukan berterusan di seluruh negeri hasil kerjasama pihaknya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Beliau berkata, operasi digerakkan susulan aduan orang ramai berikutan tindakan segelintir peserta himpunan yang menunggang motosikal secara berbahaya dan berlumba sehingga menimbulkan suasana bingit dan tidak selesa kepada penduduk khususnya yang tinggal berhampiran jalan.
"Kami masih melakukan proses dokumentasi dan setakat ini lebih 100 motosikal ditahan dan saman akan dikeluarkan mengikut kesalahan.
"Operasi akan diteruskan sehingga tamat program dan kita percaya lebih banyak motosikal akan ditahan.
"Bagi motosikal yang disita, pemilik perlu mengubah keadaan struktur kenderaan kepada asal kerana sebahagian besar yang disita diubahsuai," katanya.
Mazli berkata, pihaknya menyokong program berkenaan namun dalam masa sama peserta hendaklah mematuhi undang-undang jalan raya serta keselesaan rakyat negeri ini.
Katanya, Terengganu bukan lokasi untuk merempit dan pihaknya berharap peserta dapat mematuhi syarat dan undang-undang bagi mengelak kejadian tidak diingini.
"Kita percaya ada peserta datang ke program berkenaan menggunakan laluan tikus menyebabkan mereka 'terlepas' daripada sekatan.
"Apabila berkumpul baharu kita nampak banyak motosikal yang tidak lengkap dan diubah suai," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... 0-motosikal-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|