View: 4922|Reply: 0
|
[Kelantan]
Isu pas sempadan selesai
[Copy link]
|
|
Ruslin Jusoh pada sidang media selepas meninjau sempadan Malaysia-Thailand dengan menaiki bot di sungai Golok sempena lawatan kerja beliau ke Kelantan di Pengkalan Kubor, di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Tumpat: Masalah kekurangan bekalan pas sempadan di beberapa negeri bersempadan dengan Thailand dianggap sudah selesai.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, perkara itu sudah diselesaikan sejak minggu lalu.
"Semua negeri yang bersempadan (dengan Thailand) iaitu Kelantan, Perlis, Kedah dan sebahagian Perak sudah selesai.
"Pas sempadan sudah ada seperti sediakala dan bekalan sudah sampai di negeri masing-masing," katanya pada sidang media selepas meninjau sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Kubor, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah JIM Kelantan, Azhar Abd Hamid dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
Ketika ditanya sama ada JIM hanya membenarkan pas sempadan dibuat di satu lokasi sahaja di setiap negeri, Ruslin berkata, perkara itu dalam pertimbangan.
"Kita tengah buat kajian dan sedang mendapatkan statistik daripada Jabatan Imigresen negeri.
"Kelantan membabitkan pengeluaran pas sempadan paling tinggi dan kita akan melihat adakah individu yang sama yang membuat permohonan pas berkenaan.
"Kita juga mengkaji kegunaan pas sempadan berkenaan untuk tujuan apa," katanya.
Media sebelum ini melaporkan masalah kekurangan pas sempadan di Kelantan belum dapat diatasi sepenuhnya apabila bekalan sedia ada dilapor hanya mampu bertahan untuk beberapa hari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-sempadan-selesai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|